fbpx

Takaful Bukan Untuk Keuntungan Tetapi Untuk Elak Kerugian

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 424Words
  • 487Views

Fungsi sebenar produk takaful

Takaful bukan untuk buat untung, tapi untuk elak kerugian. Ini fungsi sebenar produk takaful.

Jika nak simpanan, nak pelaburan, banyak lagi produk kewangan lain yang boleh digunapakai.

Jadi, jangan terkejut jika selepas membayar RM200 sebulan selama 5 tahun, nilai tunai tak sampai RM200 pun. Sebab dengan bayaran RM200 boleh dapat coverage ratus-ratus ribu hingga juta! Bergantung kpd jenis polisi.

Apabila Tuan-Puan melanggan mana-mana produk takaful, sebenarnya Tuan-Puan mendapatkan ketenangan fikiran yakni jaminan bantuan daripada peserta-peserta takaful lain dan syarikat takaful sebagai pengendali tabungan takaful yang disumbangkan oleh para peserta.

Ia bukan untuk mencipta keuntungan atau peluang pelaburan.

 

Cipta keuntungan

Jika Tuan-Puan berhasrat mencipta keuntungan daripada takaful, bukan dengan jadi pelanggan takaful. Elok kiranya Tuan-Puan menjadi perunding takaful. Memang Tuan-Puan akan mendapat keuntungan dari setiap peserta takaful yang menjadi pelanggan.

Dalam program-program kendalian saya, ramai juga peserta yang terkejut apabila saya memberitahu bahawa komisen ejen boleh mencecah sehingga 55% (termasuk overiding) pada tahun pertama dan boleh berpanjangan sehingga 6 tahun.

Sebagai perunding takaful, tidaklah menjadi kesalahan jika kita tidak ceritakan tentang berapa komisen kita dapat. Tapi perlu telus untuk menerangkan kos wakalah yang ditanggung oleh peserta yang boleh mencecah 90% pada tahun pertama.

Sebenarnya apabila Tuan-Puan melanggan takaful, kos-kos sepatutnya disertakan sekali dalam quotation yang diberikan ejen bersama Product Disclosure Sheet (PDS) atau nota helaian produk.

Malah kadang-kadang komisen ejen ada disertakan sekali di dalam quotation tersebut.

Jadi, jangan terkejut jika selepas membayar RM200 sebulan selama 5 tahun, nilai tunai tak sampai RM200 pun.

Harus diingat, kos wakalah tahun pertama boleh mencecah 90% dan komisen untuk ejen pada tahun pertama (termasuk overiding) boleh mencecah 55%.

Kalau nak buat untung melalui takaful, jangan sekadar jadi pelanggan. Jadilah perunding takaful. Potensi keuntungan dan pendapatan melebihi Perdana Menteri. Berminat jadi ejen takaful?

Setiap bulan saya adakan program khas untuk rakan-rakan memahami takaful dengan lebih mendalam.

Klinik Takaful, untuk rakan-rakan memahami bagaimana fungsi takaful dalam perancangan kewangan.

Takaful Enteprenuership Program, untuk rakan-rakan yang berminat untuk mw jadi konsultan takaful.

Inginkan sesi konsultansi bersama perunding INFAQ Consultancy tentang perkara ini? Isi borang di bawah:

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Saya bercadang utk menjual akaun FB personal saya ni. Ada…