Forbes Billionaires List 2023 : Malaysia
FORBES BILLIONAIRES LIST 2023: MALAYSIA
Fakta menarik tentang senarai billionaire Malaysia 2023.
1. Ini adalah senarai individu terkaya di Malaysia 2023 yang dikeluarkan oleh Forbes.
2. Dalam list ini ada 18 rakyat Malaysia yang disenarai pendekkan.
3. Senarai billionaires Malaysia tahun 2023 ini tak jauh beza daripada tahun-tahun sebelum ini.
4. Top 3 adalah sama seperti biasa iaitu Robert Kuok, Quek Leng Chang dan Ananda Krishnan
5. Total jumlah kekayaan keseluruhan meraka adalah AS$54.7 bilion (RM240.38 bilion).
6. Dalam senarai ini, ada 2 individu yang terlibat dan sumber kekayaan mereka daripada industri perjudian / kasino.
7. Sektor lain yang menyumbang kepada kekayaan 18 orang ini adalah daripada komoditi, hartanah, perkilangan, kewangan, telekomunikasi, makanan dan fesyen.
8. Nama yang sebelum ini ada dalam list Top 10 tapi tahun ini tiada ialah Teh Hong Piow yang meninggal dunia pada Disember tahun lalu.
9. Mendiang meninggalkan 4 orang anak William Teh Lee Pang, Lillian Teh Li Ming, Lillyn Teh Li Hua dan Diana Teh Li Shing yang turut ada dalam senarai billionaire ini.
10. Ia sekaligus menjadikan 3 nama baru daripada 4 anak mendiang Teh Hong Piow yang juga wanita terkaya di Malaysia dan ini pertama kali nama wanita termasuk dalam senarai ini.
11. Dalam senarai Top 18 ini, majoriti adalah kaum yang pernah mengatakan mereka tertindas di Malaysia.
12. Bangsa majoriti yang dikatakan angkuh dan selesa hanya ada satu nama sahaja, tak lain tak bukan ialah Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari, Melayu Muslim paling kaya di Malaysia hanya berada di tangga ke 10.
13. CEO Megah Holding pula tidak tersenarai dalam Top 100 apatah lagi Top 18 ini.
14. . Tiada juga founder produk, sifu bisnes, sifu jutawan, sifu kewangan, sifu saham, ejen takaful, ejen unit trust, ejen MLM, influencer, Instafamous, Tiktokers, Twitterfamous, apatah lagi forex trader dan seumpamanya dalam senarai ini.
15. Mereka tak buat kelas jadi jutawan. Jadi kita tak dapat belajar bagaimana menjadi jutawan daripada mereka.
16. Mereka juga tidak pernah show off kereta mewah yang mereka pandu, rumah mewah yang mereka tinggal, berapa akaun dalam bank mereka, berapa pendapatan tahunan mereka.
17. Dipercayai, mereka juga tak pernah mengikuti mana-mana kelas menjadi jutawan oleh mana-mana sifu bisnes atau sifu jutawan.
Ada yg tambah?
Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran