fbpx

Bayar Full Settlement Salah Satu Hutang Guna Duit Moratorium

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 321Words
  • 858Views

Banyak sangat saya terima mesej berhubung isu-isu seputar moratorium, ini antaranya.

Saya tak sempat nak jawab detail. Ini pun yang mesej ini pernah mesej saya sebelum ini.

Kalau ada yang saya tak reply, saya mohon maaf awal-awal.

Soalan yang ditanya

“Assalamualaikum tuan afyan.
Nk mintak pndpt ttg moratariumSituasi sy.
Sy ade loan yg semuanya islamic

  1. Loan kereta (lg 2 tahun akn habis)
  2. Loan peribadi bnk rkyat 3 tahun akn
    habis
  3. Loan pribadi bank agro mybe lg 3 tahun lebih
  4. Loan peribadi lagi 12 tahun
  5. Loan rumah lg 32 tahun

Huii bnyk..
So jika sy setuju dgn moratarium selama 6 bulan sy dpt kumpul dlm 24k.
Dan dgn 24k tu sy full settlement loan kereta dgn loan bank rakyat.
Ok ke x plan sy tu.
Mintak tunjuk ajar “

Contoh untuk situasi di atas, boleh buat comparison satu per satu hutang.

Senaraikan beberapa perkara penting setiap jenis hutang, iaitu

1. Berapa lagi baki hutang,
2. Berapa lagi baki tempoh hutang,
3. Berapa kadar keuntungan (interest: konvensional)
4. Kadar keuntungan tersebut, selaraskan semuanya kepada effective rate
5. Ansuran bulanan

Daripada situ, maklumat yang diperolehi akan lebih detail dan nampak big picture.

Yang saya berikan cadangan tadi hanyalah salah satu iaitu wang lebihan RM24K itu dibuat perbandingan antara selesaikan beberapa hutang atau letakkan dalam instrumen yabg boleh berikan pulangan.

Kalau nak tau alternatif solusi lain, nak kena jumpa depan-depan. Kena analisa sekali aliran tunai dan aset bersih yang ada. Dari situ kita cek dulu tahap kesihatan kewangan sebelum berikan solusi.

Analogi mudah macam kita jumpa doktor disebabkan batuk. Doktor kena cek suhu, cek tekanan darah, cek jantung, dan sebagainya barulah dapat berikan ubat yang sesuai. Kalau batuk biasa, lain ubat dia. Kalau batuk berkahak, kena tambah ubat kahak. Kalau batu tu batu kering, nak kena segere ke kecemasan untuk rawatan.

Begitulah juga dalam kewangan.

Tulisan panduan yang diberikan secara umum sahaja. Untuk penyelesaian spesifik, kena perhalusi setiap maklumat berkaitan.

Kalau Tuan-Puan ada cadangan solusi isu di atas, boleh kongsikan pandangan di ruang komen.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Seingat saya, ini kali pertama pakej rangsangan ekonomi yang memberi…