Pakej Rangsangan Ekonomi Beri Impak Kepada Golongan M40

RASMI] Bantuan Prihatin Nasional untuk seluruh rakyat Malaysia

Seingat saya, ini kali pertama pakej rangsangan ekonomi yang memberi banyak impak kepada golongan M40, yakni golongan middle class..

Golongan B40 atau Bottom 40, selalunya mereka yang susah dan menerima banyak bantuan seperti zakat, BRIM, BSH, biasiswa, pinjaman, bantuan buku teks dan sebagainya.

No photo description available.

Manakala golongan T20 pula dari golongan yang senang dan tidak perlukan sangat bantuan.

Tapi golongan kelas pertengahan ini ialah golongan yang tersepit selalunya dari kalangan orang makan gaji baik swasta mahupun awam.

No photo description available.

Mereka tidak layak untuk terima bantuan-bantuan yang kerajaan peruntukkan kepada B40 dalam masa sama mereka dikenakan dengan bermacam-macam cukai dan kos sara hidup yang tinggi untuk survival hidup.

Jika di bandar, mereka digelar poor urban atau miskin bandar. Orang miskin bandar tak sama dengan orang miskin di kampung. Orang miskin di kampung, rumah dan tanah milik mereka sendiri. Pendapatan RM1,000 ke RM2,000 tinggal di kampung menjanjikan hidup selesa dengan kos sara hidup yang rendah

Tapi bagi orang miskin bandar, mereka mempunyai juga rumah, kereta tapi realitinya kepunyaan bank walaupun gaji hampir cecah RM3,000. Kemudian ditambah pula dengan kos sara hidup yang tinggi, mereka sangat tertekan.

Image may contain: one or more people, possible text that says 'Separuh warga kota miskin? MİKAbmIRM'

Di WP KL dan Putrajaya, M40 adalah yang mempunyai pendapatan isi rumah RM7,000++ hingga sekitar RM15,000. Jumlah pendapatan setinggi itu jika di beberapa negeri lain, sudah masuk kategori T20.

No photo description available.

No photo description available.

Justeru, rakyat sangat alu-alukan inisiatif kerajaan yang diumumkan PM tadi untuk rangsangan ekonomi kali ini yang dilihat menyeluruh kepada selllluurrrrruh rakyat.

Betul hint yang beliau berikan terdahulu “no one will be left behind”.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com