Gaji dan elaun besar tidak salah, asalkan prestasi setimpal

Sebenarnya tiada masalah jika wakil rakyat, ahli parlimen dan menteri menerima elaun yang besar.

Jawatan tersebut datang dengan amanah besar, tekanan tinggi dan perjalanan politik yang panjang sebelum seseorang berjaya sampai ke tahap itu.

Elaun yang baik juga boleh membantu mengurangkan risiko rasuah dan salah guna kuasa.

Namun, elaun besar mestilah datang bersama prestasi kerja bertaraf Gred A.

Rakyat bukan sekadar melihat jumlah elaun.

Rakyat melihat hasil kerja.

Persoalannya, bagaimana mahu menilai prestasi seorang menteri atau wakil rakyat?

Bincangkan secara matang dan berkhemah.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Add a Comment