fbpx

Gambar-Gambar Pemandangan di Moscow, Russia

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 223Words
  • 413Views

Gambar-gambar pemandangan di Moscow, Russia pada hari pertama saya menjejak kaki ke sana bersama juara-juara Takaful IKHLAS.

Selalu jurugambar tak bertauliah dan tak rasmi trip ini, saya sempat rakamkan banyak juga gambar-gambar ketika di sana.

Ini baru hari pertama.

Oh, sebenarnya hari kedua sebab hari pertama seharian dalam kapal terbang.

Kami bergerak dari Movenpick Hotel KLIA kira-kira jam 7 pagi untuk sesi taklimat dan check in.

Dari KLIA kira-kira jam 10:10 pagi, perjalanan 8 jam menaiki Astana Air dah transit di Almaty, Kazakhstan.

Selepas 2 jam, baru berangkat ke Moscow menaiki penerbangan yang sama.

Tambah lagi perjalanan 4 jam dari Almaty sebelum tiba di Moscow.

Beza waktu 5 jam antara Malaysia dan Russia, kami tiba di Moscow kira-kira jam 7 waktu tempatan, atau jam 12 tengah malam waktu Malaysia.

Dengan suhu 2 darjah celcius, kami bergerak ke hotel.

Total perjalanan selama hampir 14 jam, sebelum dapat berjumpa katil untuk tidur berbaring di Hotel Azimut, Moscow.

Letih hilang sebaik sahaja menyaksikan pemandangan indah bumi Moscow keesokan harinya.

Bangunan-bangunan di sini, banyak lambang salib di atasnya.

Yang paling epik, ialah senibina berbentuk kubah berwarna-warni yang menjadi inspirasi “Masjid Russia” yang terletak di Besut, Terengganu. Rujuk gambar terakhir.

Ramai ke yang berminat untuk melihat lagi gambar-gambar yang sempat saya rakam di sana?

Nota: Saya ke sini secara percuma, reward bisnes takaful. Berminat? PM tepi.

Rakan-rakan trip, jemput tag gambar masing-masing..

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ini ialah Kremlin Moscow atau dalam bahasa Rusia dieja Моско́вский…