fbpx

Government Shutdown

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 204Words
  • 266Views

Tahukah anda, kerajaan Amerika Syarikat sekarang sedang “tutup” sehingga Presiden Donald Trump terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri untuk membeli makanan segera McD untuk menjamu tetamu Rumah Putih?

“Government Shutdown” ini berlaku rentetan Dewan Kongres AS tidak meluluskan bejet yang dibentangkan oleh kerajaan, kerana salah satunya ialah peruntukan untuk membina tembok di sempadan AS – Mexico.

Bagi kongres, ia adalah satu pembaziran manakala bagi Trump pula ia perlu dilaksanakan kerana ia salah satu manifesto dalam kempen beliau sebelum ini.

Untuk mudah faham, bayangkan kongres macam sidang parlimen Malaysia. Bayangkan juga parlimen menolak bajet yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan.

Itu yang berlaku di AS apabila kongres dikuasai oleh Parti Demokrat manakala Presiden pula dari Parti Republikan. Yang ini sukar digambar dalam kondisi demokrasi Malaysia sebab Malaysia tiada pilihan raya Perdana Menteri.

Apabila bajet yang dibentangkan oleh kerajaan ditolak oleh kongres, maka segala peruntukan tidak dapat disalurkan untuk sebarang operasi kerajaan seperti pembayaran gaji kakitangan awam, peruntukan pembangunan, pendidikan dan sebagainya.

Maka terjadilah “Government Shutdown”.

Bagusnya Trump, dia berkeras untuk melaksanakan manifesto yang dijanjinya. Beliau lebih rela order McD guna duit poket sendiri untuk jamu tetamu rasmi Rumah Putih daripada memungkiri janji.

Semoga beliau istiqamah dan tidak U-Turn.

Afyan Mat Rawi

Sumber dari FB Ayan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Berikut adalah tulisan dari FB Tn Hannan Shawalludin berkenaan trend berbelanja…