Mufti Pun Sudah Mula Sokong

Kempen sokong produk Muslim, biarlah ia bergerak secara organik dan non-partisan.

Mufti pun sudah mula sokong.

Orang yang bangkang “kempen boikot produk non-Muslim” pun sudah nyatakan sokongan jika ia “kempen sokong produk Muslim”.

Besar harapan saya agar ia tidak dikaitkan dengan sentimen politik kepartian.

Jika ada campur tangan politik, boleh rosak kempen murni ini.

Kesan pun sudah kelihatan.

Semalam saya ke kedai Muslim cari minyak masak, hanya tinggal minyak masak Seri Murni. Rujuk gambar dibawah.

Di 2 kawasan yang saya pergi, hanya 1 kedai Muslim, 2 speedmart, 1 kedai Cina, dan 1 kedai India.

Akhirnya ke Speedmart, baru jumpa minyak masak Saji. Rujuk gambar dibawah.

Semoga kempen ini tidak hangat-hangat tahi ayam.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM47.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com


BukuBMW


Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Recommended
Kita jalankan kempen sokong produk Muslim, bukan kempen boikot produk…