Pentingnya Simpanan 3 Bulan Gaji

Dipetik dari FB Hanum Saad

CERITA PETANG KHAMIS.

Mengambil iktibar dari kisah adik yang dijemput Ilahi ketika usia masih muda, kami dihubungi oleh prospek untuk mendapat penerangan berkenaan Hibah Takaful. Alhamdulillah beliau bersetuju untuk menyediakan pelan HIBAH untuk isteri.

Kebanyakan prospek yang kami temui adalah dari kalangan usahawan yang rata-ratanya sangat terkesan dengan pandemik COVID-19. Ada pengusaha tadika/taska, agensi pelancongan, kedai makan, meniaga kecil-kecilan di warung, repair & servis aircond, tenaga pengajar Al Quran , sekolah tahfiz dan lain-lain lagi. Mereka semuanya adalah juga rakan-rakan kami dari group Usahawan Muslim U5.

Namun, tidak hanya duduk menunggu dan berserah, ramai daripada mereka melakukan sesuatu yang dahulunya bukan bidang mereka.

Pengusaha sekolah swasta mengambil tempahan makan untuk menu tengahari dan malam, guru mengajar Al Quran , belajar berniaga ayam frozen, peniaga pasar malam menjadi runner kedai makan, yang tak pernah masak belajar menghasilkan produk makanan dan sebagainya. Alhamdulillah kami bernaung di bawah Group Ushawan Muslim U5 yang saling menyokong produk rakan masing-masing.

Alhamdulillah, keadaan semakin baik sekarang, premis perniagaan dapat menjalankan aktiviti mereka semula. Namun keadaan mungkin mengambil masa berbulan atau bertahun untuk kembali pulih seperti sedia kala.

Apa yang dapat dipelajari adalah pentingnya SIMPANAN MINIMA dari 3-6 bulan gaji untuk menghadapi situasi sukar seperti sekarang ini, atau di masa akan datang kemungkinan keadaan akan lebih mencabar.

Selagi ada 2 kaki 2 tangan sihat tubuh badan, berusahalah, jangan menyerah jangan mengalah jangan pernah berputus asa. ALLAH kan ada.

Nota tarbiyyah PKP 2020 saya simpan di sini.

❤️Sediakan SIMPANAN 3-6 bulan gaji
❤️Sediakan TABUNG 3D
❤️Berbelanjalah secara BERHEMAH
Cari PENDAPATAN ke2
❤️Explore POTENSI ANDA
❤️Banyakkan SEDEKAH di waktu susah
❤️Mintalah pada ALLAH Ar Razaq inilah yang paling UTAMA

Belajar dari manusia dan alam❤️

Hanum Saad
INFAQ Consultancy

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com