fbpx

Komitmen Takaful Ialah Sampai Mati!

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 296Words
  • 361Views

Apabila kita beli kereta, kita akan pilih kereta yang paling sesuai dengan kedudukan kita dan keluarga kita. Kalau boleh kita nak yang besar supaya dapat muat semua keluarga kita.

Dalam membeli kereta, kita akan mengambil masa beberapa bulan supaya dapat beli kereta yang paling sesuai dengan kedudukan kewangan kita, memandangkan komitmen kewangan untuk kereta lebih kurang 7 ke 9 tahun.

Sama juga apabila kita nak beli rumah. Sebaiknya rumah yang kita nak beli tentulah yang luas dan selesa untuk keluarga kita.

Kita mengambil masa yang agak lama, malah mungkin bertahun sebelum membeli rumah yang paling sesuai dengan status dan kewangan kita, kerana komitmen rumah dari 20 ke 30 tahun.

Alangkah bagusnya jika kita gunakan cara yang sama untuk melanggan takaful.

3-fungsi-utama takaful

Kita pilih plan yang benar-benar dapat membantu kita dan keluarga kita apabila ditimpa musibah.

Kita juga meneliti pilihan-pilihan plan yang ada berdasarkan kedudukan kewangan kita kerana komitmen takaful bukan 7 ke 9 tahun, bukan juga 20 ke 30 tahun, tapi komitmen takaful ialah sampai mati!

Rumah dan kereta kita tak beli hanya disebabkan jenama no 1. Rumah dan kereta juga kita tak beli hanya disebabkan ejen pujuk untuk beli. Rumah dan kereta juga kita tak beli hanya disebabkan kita dipush-push oleh salesman.

Kita beli kerana keperluan, berdasarkan kewangan kita.

Tapi takaful? Tuan-Puan yang melanggan takaful, boleh nilai sendiri.

Berdasarkan laporan daripada Life Insurance Associate Malaysia, 90% pemegang polisi insurans di bawah perlindungan sebenar.

Inilah yang saya kongsikan kepada para pelanggan dan rakan-rakan perunding takaful di INFAQ Consultancy.

Saya tak sempat nak jumpa ramai orang kerana waktu saya terhad dan sekarang fokus saya membangunkan team INFAQ, bukan lagi fokus personal sales.

Lalu saya program Seminar Bijak Merancang Wang dalam bentuk e-learning video dan ebook atau ringkasannya #eSeminarBMW.

Dalam tu memang ada 3 video khusus dan 6 bab khusus tentang panduan pemilihan takaful.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Menyimpan adalah perkara senang yang paling susah kita nak buat.…