fbpx

Harga Rumah Lebih Murah Tanpa Tempat Letak Kereta

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 254Words
  • 463Views

Ramai yang triggered apabila baca tajuk berita “Harga rumah lebih murah tanpa tempat letak kereta”

Ramai sekali yang kecam cadangan tersebut mengatakan ia tak masuk akal .

Tidak kurang juga yang kecam kembali komen-komen kecaman tadi sebab baca tajuk sahaja.

Kalau baca tajuk sahaja, memang ia menggelikan hati. Sebab itu ada komen supaya buat rumah tanpa bilik, tanpa dapur, tanpa ruang tamu, tanpa atap, tanpa dinding – sebagai sokongan dan sindiran cadangan tersebut.

Jika diteliti balik berita tersebut, ia cadangan daripada Menteri Pengangkutan.

Cadangan tersebut sangat releven sekiranya sistem pengangkutan kita efisien dan efektif. Tapi malangnya ia tidak begitu. Masih jauh hendak dibandingkan dengan negara maju seperti Singapura dan Eropah.

Di Kuala Lumpur, rumah yang berdekatan dengan stesen LRT, stesen MRT – harganya melambung tinggi. Cuma yang berdekatan dengan komuter sahaja harga rumah tak berapa nak naik.

Sistem pengangkutan awam hari ini jauh lebih baik dari 10 – 20 tahun lepas.

Cadangan rumah tanpa tempat parkir sesuai dengan menaik taraf pengangkutan awam serta sediakan fasiliti seperti sekolah dan nusery untuk memudahkan ibu bapa bekerjaya tinggal bersama anak-anak tanpa menggunakan kenderaan.

Tapi berisiko juga sebab mungkin disebabkan rumah tak ada parking, ia tidak terjual pula nanti.

Atau lebih praktikal buat satu pilot model, ada pilihan untuk rakyat beli dengan ada 2 pilihan; rumah ada parking atau rumah tanpa parking dengan harga yang lebih murah dalam satu kawasan.

Atau kereta terbang dengan harga mampu milik sudah dilaksanakan.

Tapi kereta terbang pun tetap kena parking.

Rumah tanpa parking ialah rumah ada parking yang tersakiti….

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB ESz Sabri   Susah ke kerja ni…