Harga Takaful Dibayar Dengan Kesihatan Dan Usia
Selain soal tempoh persaraan yang dihighlight dalam berita ini, ada seperkara lagi yang perlu diberi perhatian; tempoh perlindungan polisi takaful.
Statistik yang menunjukkan 90 peratus rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menampung kehidupan sederhana (simple lifestyle) selepas lima tahun usia persaraan sangat membimbangkan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.Katanya lagi, data daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menunjukkan majoriti pemegang akaun hanya mempunyai simpanan sebanyak RM50,000 sahaja.
Khairy berkata, isu simpanan untuk hadapi usia persaraan mempunyai implikasi kerana Malaysia bakal menghadapi situasi penuaan masyarakat (ageing society) di mana menjelang 2035, negara ini akan mempunyai lebih banyak individu berusia 65 tahun ke atas berbanding 15 tahun ke bawah.
Rujuk gambar kedua, berita ini melaporkan;
“Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), jangka hayat manusia dijangka meningkat ke umur 80 tahun secara global, dan di sini (Malaysia) mungkin sampai 90 tahun. Ramai orang masih aktif ketika di umur 90 tahun hari ini, terutamanya dalam politik. Jadi ini akan menimbulkan isu.”
Berapa tempoh coverage polisi takaful anda?
Jika polisi takaful anda hanya cover sehingga usia anda di bawah 90 tahun, elok difikirkan kembali untuk review polisi.
Pagi tadi seorang rakan ejen berkongsi pengalaman, pelanggan beliau berusia 61 tahun hendak melanggan polisi baru sebab polisi lama akan tamat tempoh beberapa tahun lagi.
Biar pun dia mampu membayar sejumlah caruman yang besar, tapi bukan bermakna permohonan beliau akan diluluskan.
Di usia emas sebegitu, macam-macam penyakit yang ada, menyebabkan permohonan takaful tersebut memerlukan pelbagai pengesahan kesihatan sebelum diterima risiko untuk ditanggung oleh syarikat pengendali takaful.
Nasihat saya;
1. Langgan takaful ketika muda. Kita membayar “harga” caruman takaful bukan semata-mata dengan duit. Tapi dengan kesihatan dan usia.
2. Apabila melanggan takaful, pastikan tempoh polisi tersebut tamat pada usia anda melebihi 90 tahun. Kerana jangka hayat kita dijangka mampu melebihi tempoh tersebut.
3. Semak polisi takaful anda pada bahagian tempoh perlindungan polisi. Jika tempoh tamat polisi di bawah umur 80, eloklah cari balik ejen untuk reveiw.
Jika mahukan review polisi dari Team INFAQ, boleh PM tepi.
Kami boleh cadangkan anda menambah polisi yang tempohnya sehingga 100 tahun usia anda dengan serendah caruman RM150 bagi usia peserta berumur 30 tahun dengan kombinasi coverage kematian, lumpuh, sakit kritikal, medical card dan waiver.
Ya, semua manfaat ini sehingga umur peserta 100 tahun. Bayaran tersebut akan meningkat mengikut umur dgn sedikit cash value.
Nak tahu lebih lanjut, PM tepi dan berikan maklumat; nama, nombor telefon, umur, lokasi, pekerjaan dan polisi sedia ada.
Nanti saya akan berikan kepada perunding #TeamINFAQTakaful yg berdekatan lokasi.
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran