fbpx

Hasil Penentangan Berterusan ICERD

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 227Words
  • 286Views

Alhamdulillah,

Terima kasih atas kenyataan tegas ini.

Saya sokong 100% kenyataan kerajaan dalam hal ini.

Semoga pada masa-masa akan datang, kerajaan sensitif sebarang isu yang melibatkan sensitivity agama dan bangsa di negara ini.

Kenyataan tegas sebegini perlu diumumkan lebih awal, berbanding kenyataan-kenyataan sebelum ini yang kurang tegas.

Lihat sahaja kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh para menteri dan pimpinan parti kerajaan sebelum ini, banyak yang masih menyokong dan memberi peluang kepada ICERD, sebelum kenyataan ini.

Kenyataan-kenyataan yang tidak cermat menimbulkan keresahan di kalangan rakyat sehingga membentuk gelombang penentangan kepada ICERD.

Berdasarkan kenyataan yang terkini, menunjukkan gelombang dan perhimpunan penentangan terhadap ICERD memberi kesan terhadap kerajaan sehingga keluar kenyataan ini.

Jika tidak ada gelombang penentangan sebelum ini, saya tidak fikir kerajaan akan keluarkan kenyataan tegas sebegini.

Jadi juga harapkan perhimpunan 8 Disember tidak ada sebarang halangan sebagai tanda kerajaan benar-benar serius menolak ICERD.

Perhimpunan itu patut diteruskan sebagai signal kepada kerajaan supaya lebih sensitif dan berhati-hati selepas ini.

Walaupun kenyataan ini bukan kitab suci, terima kasih sekali Tun M atas kenyataan ini kerana memahami aspirasi rakyat Muslim terbanyak negara ini, dgn harapan tiada sebarang u-turn selepas ini.

Dan terima kasih rakan-rakan Muslim selllllluuuuurruuuuuh Malaysia yang menggerakkan gelombang penentangan terhadap ICERD ini.

Satu lagi tindakan yang wajib diambil oleh Tun M ialah pecat menteri bernama Moorthy. Dia punca segala angkara ini.

Wassalam.

Afyan Mat Rawi
Rakyat Malaysia

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Kempen dan himpunan bantah ICERD menampakkan kesan apabila kerajaan keluarkan…