Hati-Hati : Scam Alert !

  • Reading:2Minute:s
  • PostView Count:3Views

Tak sangka wajah saya akhirnya setaraf dengan Dr Daud Bakar, Dr UZAR, DDNK, Hj Asri dan tokoh-tokoh kewangan lain yang selalu wajah-wajah mereka digunakan oleh scammer untuk tawarkan pulangan yang too good to be true.

Modal 350 jadi 9800, ROI 2800%

Modal 1,300 jadi 27,000, ROI 2000%

Modal 3,000 jadi 51,000. ROI 1700%

Bukan 5%, bukan 10%, tapi 2800%!!!

Dalam masa 24 jam, beb! Sehari!!!!

Bukan setahun, sebulan atau seminggu, tapi SEHARI!!!

Siap ada logo HALAL JAKIM.

Siap ada logo BNM dan Bursa Malaysia

Ada ke yang percaya?

Kalau betullah saya ada program pelaburan yang boleh memberi pulangan dalam masa 24 jam sebegini, saya takkan cerita kat orang lain.

Kalau betullah saya ada program pelaburan yang boleh beri pulangan 17 hingga 28 ganda sebegini, saya tak payah susah-susah buat iklan dan poster bagai.

Kalau betullah saya ada cara untuk menggandakan wang dari 3,000 ke 51,000 dalam masa sehari, saya akan buat senyap-senyap je.

Kalai betul saya ada cara untuk buat duit dengan ROI 1700% sehari, saya akan nego dengan Tan Sri Muhyiddin untuk lantik saya sebagai Menteri Kewangan.

Kemudian saya akan proposal kepada Tabung Haji, KWSP dan PNB.

Tabung Haji boleh hantar jemaah pergi haji balik hari.

KWSP boleh jadikan umur persaraan rakyat Malaysia 25 tahun.

PNB boleh pulangan ASB 6% setiap hari

The power of kalau.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Recommended
Mula-mula menipu bahawa bisnes yang diceritakan pagi bukan MLM. Walhal…