fbpx

Hibah takaful: Bila fakta dibetulkan, yang takut bukan klien tapi ejen

  • 3Minutes
  • 418Words
  • 8Views

Saya ucapkan terima kasih kepada Sdra Naim Fital yang mengulas isu hibah takaful boleh dicabar sambil menitipkan beberapa pesanan kepada saya. Saya terima dengan hati yang terbuka.

Kronologi kes yang beliau huraikan adalah seiring dengan apa yang saya tulis sehari lebih awal.

Namun di ruangan komen posting tersebut, saya perasan ramai hanya baca posting ringkas dan terlepas pandang penjelasan penuh yang saya sediakan.

Jemput baca posting panjang saya di sini:

Berbalik kepada posting beliau, saya tertarik dengan teguran beliau yang berbunyi:

“Saya menyeru kepada Influencer yang telah menunggang kes ini dengan bawa naratif yang salah. Tolong berhenti sebarkan ‘public fear’ dalam masyarakat.

Hari ini ramai orang dah takut nak buat Hibah Takaful due to your posting. Tak kurang juga ejen takaful yang baru tidak tahu nak terangkan kes ini bagaimana.

Bukan semua ada ilmu undang-undang.

It’s really not a good way to deliver the message. Kalau ya pun bengang ada ejen takaful kata Hibah Takaful tak boleh dicabar, you have better ways to explain this issue.”

Saya hormati pandangan ini, dan sekali lagi saya ulang, saya terima teguran ini dengan dada terbuka.

Sebenarnya, “public fear” ini timbul kerana selama ini ramai ejen takaful yang overclaim dan dakwa bahawa hibah takaful tidak boleh dicabar langsung.

Jadi, apabila muncul kes yang dicabar di mahkamah (sama ada menang atau kalah) klien mula bertanya.

Ejen pula mula panik apabila klien-klien mula celik mata.

Lalu mereka play victim, kononnya posting saya menyebabkan “public fear”, walhal mereka silap langkah.

Sedangkan isunya jelas:

1. Hibah takaful boleh dicabar.

2. Ada ejen takaful yang overclaim dan misleading.

Kalau dari awal lagi ejen beri penerangan yang betul dan tidak overclaim, pasti situasi seperti ini tidak berlaku.

Ejen yang selama ini beri penerangan jujur dan beretika, mereka rileks sahaja. Tidak melatah.

Saya juga bersetuju dengan kesimpulan Sdra Naim

“Percayalah, Hibah Takaful is the best platform guaranteed under Para 3 Schedule 10 IFSA 2013.”

Ya, saya setuju 100%. Alangkah bagus jika ayat itu digunakan.

Inilah kenyataan yang patut kita semua war-warkan.

Bukan seperti kenyataan yang pernah Sdra tulis suatu ketika dahulu:

📌 13 Ogos 2022 — “Hibah yang tidak boleh dicabar.”

📌 4 Julai 2024 — “Propose plan Hibah yang boleh bantu tuan-tuan protect asset company dan pada masa yang sama menjadi cash reserve yang tidak boleh dicabar oleh sesiapa.”

Saya sertakan juga screenshot sebagai rujukan untuk ketelusan.

Saya harap selepas ini, Sdra Naim juga sudi menegur ejen-ejen yang membuat dakwaan tidak tepat tentang hibah takaful.

Kita sama-sama betulkan yang biasa.

Dan biasakan yang betul.

Wallahu a’lam.

Afyan Mat Rawi
LL.B UIAM

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Saya pernah diugut saman oleh seorang leader ejensi takaful selepas…