fbpx

Hibah takaful bukan untuk bayar hutang

  • 10 months ago
  • 2Minutes
  • 296Words
  • 320Views

Saya ada kongsikan satu posting tentang isu adakah waris mewarisi hutang kad kredit yang ditinggalkan oleh waris yang meninggal dunia.

Saya kongsikan bahawa hutang tersebut perlu dilangsaikan oleh harta si mati, bukan harta waris.

Kemudian, ada soalan yang bermaksud

“Bagaimana sekiranya harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati tak cukup untuk bayar hutang?”

Jawapan saya:

Hutang tu akan jadi hutang lapuk. Dosa tak bayar hutang ditanggung oleh si mati. Waris tidak mewarisi hutang dan tidak menanggung dosa tersebut.

Sad but true. Sebab itu jangan pandang enteng tentang isu perancangan pusaka. Ia bukan soal usia tua atau muda.

Tua bukan syarat meninggal dunia. Muda bukan syarat hidup lama.

Untuk merancang pusaka bagi tujuan tujuan pembayaran hutang, saya galakkan gunakan kaedah dan instrumen berikut.

  • 1. Buat wasiat dan nyatakan hutang piutang yang ada.
  • 2. Sediakan dana segera dalam bentuk manfaat takaful sekiranya berlaku kematian yang mempunyai peruntukan untuk bayar hutang tersebut.
  • 3. Lantik penama di kalangan ahli waris untuk menguruskan hal tersebut. Sebaiknya penama yg sama dalam surat wasiat dan dalam penamaan takaful.
  • 4. Kemudian sentiasa peringatkan tentang kematian dan pengurusan pusaka kepada ahli waris.
  • 5. Boleh juga buat absolute assignment untuk lebih meyakinkan wang pampasan takaful tu nanti dibayar terus kepada pemiutang. Tapi akan ada kos tambahan yang agak tinggi.

Banyak kes harta pusaka tertunggak yang tidak terurus atau menjadi perebutan di kalangan ahli waris adalah disebabkan kurang kesedaran.

Untuk perkara no 2 dan no 5, takaful yang dimaksudkan bukanlah hibah takaful. Hibah takaful adalah hadiah kepada ahli waris.

Jika dah berikan sebagai hadiah, ia sudah menjadi milik penerima. Jadi, tidak sayugia untuk kita bagi hadiah kepada seseorang kemudian kita minta orang itu bayarkan hutang kita.

Ia seolah-olah berkata “Nah aku hadiahkan kau duit raya seratus. Nanti kau tolong bayar hutang aku dekat kedai mamak tu seratus”.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Kosmo, 28 April 2023 Klik imej untuk paparan besar RAMADAN…