fbpx

Hibah Takaful-Isteri Tak Wajib Bayar Hutang Suami

  • 3 years ago
  • 3Minutes
  • 498Words
  • 3033Views

Semalam dalam Seminar Bijak Merancang Wang di Johor Bharu seorang peserta bertanya tentang hibah takaful.

Saya respon kepada para peserta bahawa hibah takaful adalah salah satu method pembahagian harta pampasan takaful, selain kaedah penamaan pemegang amanah.

Peserta lain bertanya, adakah betul apa yang difahaminya; apabila suami melanggan hibah takaful dan meninggal dunia, pampasan takaful diberikan kepada isteri untuk membayar hutang suami.

Saya katakan “Isteri tak wajib bayar hutang suami”.

Ramai peserta terkejut.

“Ejen saya kata hibah takaful boleh digunakan untuk membayar hutang?”, soal seorang peserta lain.

“Hutang suami, tanggungjawab suami untuk menyelesaikannya. Harta yang sudah hibah kepada isteri, sudah jadi milik isteri”, kata saya.

Ada peserta lain bertanya lagi, “Tapi mesti isteri kesian. Jadi isteri bayarkan hutang suami…”

Saya tarik nafas dalam-dalam sebelum berikan pandangan.

Ya, jika isteri kasihan dan ingin membayar hutang suami, itu hak si isteri.

Tapi soalnya, isteri nak bayar jika itu satu-satunya harta yang dimiliki?

Saya berikan contoh kes.

Andaikan suami mempunyai hutang rumah yang berharga RM500,000 dan kemudian membuat melanggan takaful dengan hibah berjumlah RM500,000.

Suami membuat hibah takaful kepada isteri dengan harapan dan pesanan kepada si isteri supaya bayarkan hutang tersebut jika dia meninggal dunia.

Baik, apa berlaku apabila suami meninggal dunia?

– Isteri akan terima hibah takaful RM500,000

– Rumah akan jadi harta pusaka arwah suami kepada waris-waris yang hidup.

– Andaikan ketika itu hutang rumah berbaki lagi RM300,000

Soalan saya kepada para peserta;

“Dalam situasi ini, adakah si isteri SANGGUP bayarkan hutang RM300,000 rumah arwah suami yang sekarang ia adalah hak milik waris-waris faraid arwah?”

Harus diingat, hak faraid isteri terhadap harta pusaka suami hanyalah 1/8 yakni 12.5% sahaja, tak termasuk harta sepencarian.

Dengan erti kata lain, sanggupkah isteri tadi bayar RM300,000 hutang suami dan terima hak 12.5% sahaja.

Kalau saya penasihat kewangan kepada isteri tersebut, saya akan cadangkan beliau membeli rumah lain yang berharga maksima RM300,000 yang boleh didudukinya terus tanpa perlu berebut dengan waris lain.

Semua peserta diam. Suasana hening seketika.

Soalan selanjutnya ditanya selepas beberapa ketika;

“Bagaimana dengan hibah rumah?”.

Jawapannya ada dalam beberapa tulisan saya berkaitan hibah hartanah.

Dalam seminar ini saya berkongsi tentang perancangan kewangan menggunakan model INFAQ yang mengandungi modul mind-setting kewangan, aliran tunai, mengumpul aset, simpanan, takaful, pelaburan, penyucian harta dan pewarisan pusaka.

Topik tentang hibah takaful di atas muncul dalam modul takaful dan modul pewarisan pusaka.

Boleh baca testimoni dan pengalaman para peserta seminar yang telah dijalankan sejak 2016 ini dgn klik hashtag #SeminarBMW

Berminat ?

Untuk memudahkan kami membantu Tuan/Cik Puan memiliki plan takaful ini,

Mohon Tuan/Cik Puan isi maklumat dibawah:

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Berikut adalah beberapa perkongsian daripada para peserta #SeminarBMW edisi Johor…