Hidup Kita Adalah Apa Yang Kita Pilih
Hidup kita hari ini adalah apa yang kita pernah pilih semalam….
Apa yang kita alami hari ini bukan secara tiba-tiba sahaja berlaku.
Ia adalah daripada apa yang kita pilih semalam, kelmarin, minggu lepas, tahun lepas, dua tahun lepas, 5 tahun lepas, 10 tahun lepas dan seterusnya.
Analoginya begini;
🚗 Jika hari ini kita berada di KL, dan 10 hari lepas kita berada di Johor, bermakna kita pernah membuat keputusan dan bertindak untuk bergerak menuju ke KL.
🚗 Analogi lain, kalau hari ini seorang lelaki Bangla berada di KL, bermakna dia membuat keputusan suatu hari dahulu untuk memilih utk ke KL sewaktu di Bangladesh.
Begitu juga dalam hidup.
❤️ Jika hari ini kita hidup bahagia bersama suami / isteri, itulah keputusan yang kita ambil suatu ketika dahulu sewaktu sewaktu kita masih bujang.
❤️ Andainya hari ini kita tidak seronok bekerja dengan majikan kita sekarang, ia adalah keputusan yang kita ambil sewaktu kita menghantar resume, menghadiri temuduga suatu ketika dahulu.
Tiada siapa yang memaksa kita utk berkahwin dengan pasangan kita hari ini. Tiada siapa yang memaksa utk kita bekerja dengan majikan kita hari ini.
Kita yang membuat pilihan. Bukan suami / isteri, bukan majikan, bukan Neelofar atau Najib atau Mahathir yang memaksanya.
Begitu juga halnya dalam kewangan.
❌Andainya hari ini kita hidup dalam kesempitan wang, selalu berhutang, gaji tidak cukup, itu adalah salah satu keputusan yang kita ambil suatu ketika dahulu.
❌ Andainya hari ini kita menangggung hutang bertimbun, ia adalah keputusan yang kita ambil sewaktu menandatangani borang permohonan kad kredit, atau perjanjian sewa-beli kereta, atau pembayaran ansuran mudah Court Mahmud.
❌ Begitu juga jika hari ini kita tersontot, itu juga adalah pilihan kita suatu ketika dahulu apabila membuat plihan apabila dipromosi oleh wakalah, ustaz norscam dan lain-lain scammer.
Kita yang membuat pilihan. Bukan bank, bukan salesman kereta, bukan Mahmud, bukan wakalah, bukan ustaz norscam…
Mereka hanya jalankan tugas mereka sebagai scammer untuk mempromosi produk scam. Jika mereka tak lakukan, maknanya mereka tak jalankan tanggungjawab.
Bukan salah ekonomi yang gawat, bukan salah harga petrol yang mahal, bukan salah ringgit yang menyusut, bukan salah bekas PM Najib yang memerintah, bukan salah Safee yang menunggang atau bukan salah Neelofar yang …
Bukan, bukan, bukan orang lain tapi kita yang harus bertanggungjawab dengan situasi kita hari ini.
Apapun, kita masih ada masa utk mengubah masa hadapan yang lebih baik.
Yang lepas sudah berlalu, hari ini adalah pilihan.
Pilihan kita hari ini bakal menentukan hidup kita di masa hadapan.
“Bukan salah kita jika kita dilahirkan miskin, tapi memang salah kita jika kita mati dalam keadaan miskin” – kalau tak silap ia kata-kata Pakcik Bill Gates, kan?
Oh ya, apa yang berlaku di Malaysia hari ini adalah apa yang majoriti sudah pilih pada 8 Mei yang lepas.
😔 Tol masih ada.
😔 PTPTN masih ada.
😔 Harga barang terus naik.
😔 Cukai baru pula akan diperkenalkan.
Boleh tambah list.
Paham ke paham apa yang saya tulis panjang-pajang ni?
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran