fbpx

Kebaikan dan Keburukan Pembiayaan Perumahan 40 Tahun

Pembiayaan Perumahan 40 Tahun – Pro & Con

PRO

❤️ Ansuran bulanan untuk pembayaran balik perumahan akan menjadi lebih rendah.

❤️ Aliran tunai akan lebih baik apabila ansuran rendah.

❤️ Apabila aliran tunai lebih baik, maka lebihan akan ada bertambah untuk melabur dan menyimpan

❤️ Apabila aliran tunai lebih baik, maka kuasa beli lebih tinggi.

❤️ Rumah-rumah yang belum terjual akan lebih mudah untuk dibeli.

❤️ Yang tak layak beli rumah disebabkan DSR tinggi, akan dapat beli rumah.

❤️ Pelabur hartanah terutama hartanah sewa pasti suka sebab dapat kurangkan ansuran dan lebihan akan bertambah.

CON

 Tempoh semakin panjang, bermakna hutang semakin tinggi. Bank suka.

 Tempoh hutang akan menjadi sehingga pencen baru habis bayar ansuran pinjaman.

 Ia tidak menyelesaikan masalah utama (root cause) harga rumah mahal.

 Masalah harga rumah mahal tidak akan selesai malah akan menjadikan rumah lebih mahal.

 Pemaju-pemaju boleh mengambil kesempatan untuk menaikkan harga rumah kerana makin ramai orang yang layak beli rumah.

 Masalah utama tentang mentaliti dan kesedaran kewangan rakyat Malaysia tidak akan berubah dengan perubahan ini.

 Ia akan menggalakkan rakyat berhutang, bukan menggalakkan rakyat mencari ilmu & mengurus kewangan supaya dapat membeli rumah

Apa kata anda?

Bincangkan.

Jika ada tambahan point PRO atau CON, boleh kongsikan. Jika releven saya akan tambah.

Nota: Ini antara topik yang selalu dibincangkan hangat dalam#SeminarBMW http://infaq.my/seminar-bmw/

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com