Hidup Umpama Sebuah Pelayaran

Image may contain: ocean, sky, text, outdoor, water and nature

Hidup umpama sebuah pelayaran.

Kita tidak mampu untuk mengawal angin yang bertiup atau badai yang melanda dalam arus yang saya tempuhi ini, namun kita boleh mengawal arah layar dan dayungan kapal yang kita naiki.

Maksudnya,
Kita tak mampu nak kawal harga barang.
Kita tak mampu kawal harga petrol.
Kita tak mampu kawal harga rumah.
Kita tak mampu kawal traffic jammed.
Kita tak mampu kawal kadar GST / SST.
Kita tak mampu kawal polisi kerajaan.
Kita tak mampu kawal siapa Perdana Menteri.
Kita tak mampu kawal masa.
Kita tak mampu kawal orang lain.
Kita tak mampu kawal tangga gaji.
Kita tak mampu kawal inflasi.
Kita tak mampu kawal kadar tukaran mata wang.

Tapi, kita mampu kawal DIRI SENDIRI.

Ya, kita tak mampu untuk kawal harga rumah, harga petrol, harga batang tapi boleh pilih kawal wang PERBELANJAAN DIRI SENDIRI dan barangan yang kita beli.

Kita tak mampu nak kawal pemerintah, polisi kerajaan, siapa PM tapi kita boleh kawal DIRI SENDIRI untuk tidak bergantung kepada kerajaan.

Kita tak mampu untuk kawal masa, kawal traffic jammed tapi kita boleh tentukan masa DIRI SENDIRI untuk lakukan sesuatu kerja supaya dapat mendahului masa.

Kita tak mampu kawal gaji, inflasi tapi kita boleh pilih pekerjaan lain untuk DIRI SENDIRI. Kita juga boleh pilih untuk memulakan bisnes SENDIRI untuk tentukan gaji DIRI SENDIRI.

Selamat berhujung minggu.

Afyan Mat Rawi

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com