Pengakuan Secara Tak Langsung Hindu Menyamar Mamak Muslim

  • Reading:2Minute:s
  • PostView Count:47Views

“Hanya kerana kedai menyerupai nama Muslim, tidak bermaksud ia menyamar?”

Saya geleng kepala membaca komen ini pada posting berkenaan isu Hindu menyamar atau memberi persepsi sebagai Mamak Muslim. Tidak terkejut sangat, kerana itulah yang saya bongkarkan dalam posting tersebut.

Rujuk posting asal di bawah

Cara fikir beginilah yang menyebabkan isu ini tak berkesudahan walaupun sudah banyak kali aduan dibuat dan pihak berkuasa termasuk JAKIM, KPDNKK, Jabatan Agama Islam, Pihak Berkuasa Tempatan pun sudah mengambil tindakan.

Nak buat bisnes, silakan. Tiada siapa menghalang. Tapi berniagalah dengan jujur dan amanah. Apabila menggunakan nama Muslim, itu adalah tindakan yang mengelirukan umat Islam.

Kenapa nak guna nama Muslim? Guna sahajalah nama lain.

Kes begini sama dengan peniaga Cina non-Muslim yang menggunakan jenama Muslim dalam produk jualan mereka, tapi alergik dengan tulisan jawi.

Sama juga dengan non-Muslim sengaja letak nama Melayu dalam Food Panda atau Grab Food.

Tak lain tak bukan adalah untuk mengelirukan pengguna daripada kalangan orang Islam.

Kemudian, apabila kantoi, mulalah nak spin isu penipuan kepada isu rasis dan diskriminasi. Lebih menyediakan lagi, ada juga daripada kalangan orang-orang Islam yang spin.

Saya harap sangat, isu sebegini diperjuangkan oleh rakan-rakan daripada kalangan Mamak Muslim kerana ia adalah isu agama, bukan isu bangsa.
Kita sokong perniagaan daripada rakan-rakan Muslim daripada kalangan Mamak. Dalam masa sama kita juga tak ada masalah dan hormat rakan-rakan Hindu berniaga.

Tapi yang kita lawan ialah penipu yang sengaja mengelirukan pengguna, tidak kira sesiapa daripada mana-mana bangsa dan agama. Penipu tak kenal bangsa dan agama.

Anak Melayu, anak India, anak Cina, anak Kadazan – jika menipu, kita lawan. Lawan tetap lawan!

Baca juga posting utk tengok berita-berita isu ini

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Recommended
Tiada masalah untuk orang bukan Islam meminta sedakah. Juga tiada…