Himpunan Malaysia bangkit untuk Gaza

Hadir semalam HIMPUNAN MALAYSIA BANGKIT UNTUK GAZA.
Alhamdulillah, sambutannya merangkumi pelbagai agama dan kaum.
Pidato-pidato yang disampaikan juga diwakili oleh pelbagai NGO, ahli politik, dan tokoh negara.
Difahamkan, lebih 50 NGO dan pertubuhan bergabung dalam penganjuran program ini di bawah Humanity 4G (Humanity for Gaza)
Ia satu usaha yang baik untuk menunjukkan keprihatinan rakyat Malaysia terhadap nasib saudara-saudara kita di Gaza.

Cuma sayang, kehadiran agak lemah.
Jika dibandingkan, himpunan Turun Anwar beberapa minggu lalu di lokasi sama menarik lebih ramai peserta.
Bahkan himpunan #JusticeForZara di Sabah pun mencatatkan kehadiran yang lebih besar.
Semoga semangat juang rakyat Malaysia menentang penjajah Israel terus menyala dan tidak pudar.
Mungkin sebab kurang promosi dan publisiti pihak penganjur. Saya pun perasan ia beberapa hari sebelum program diadakan.
Atau sememangnya semangat itu memang sudah pudar berbanding semangat politik yang berjaya himpunkan lebih ramai? Nauzubillah…
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00

