fbpx

Hormati Institusi Fatwa Dan Ulama

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 394Words
  • 584Views

Dari isu ASB, isu vape, isu pokemon, isu patung helang hingga ke isi RUU 355 – kalau bukan orang Islam yang menghormati institusi fatwa, siapa lagi?

Bab hukum, serahkan kepada pakar untuk memberi pandangan dan biarlah juga pakar juga yang memberi hujahan balas.

Jika tidak setuju, elok diam atau berikan pandangan dengan hujah bukan makian.

Ada beza antara kritikan dengan makian.

Begitu juga dengan sokongan.

Sokong dengan ilmu dan hujah, bukan taklid mengkhinzir buta.

Bukan juga menyokong fatwa yang selari dengan selera kita.

Saya mengambil contoh isu ASB.

asnb_logo

Isu ini dekat dengan bidang saya, bidang kewangan, berbanding dengan isu-isu lain yang ditulis di perenggan pertama.

Isu ini menjadi polemik halal haram sejak sekian lama, dan kemuncaknya apabila terdapat perbezaan fatwa yang dikeluarkan di antara Majlis Fatwa Kebangsaan dengan beberapa fatwa negeri.

Dalam isu ini, ada yang menyokong hukum harus ASB dan ada yang menolaknya – ia normal.

Apa yang mendukacitakan ialah terdapat situasi memaki hamun institusi fatwa mengatakan mereka memberi pandangan berdasarkan kepentingan, kena sogok dengan kerajaan dan lain-lain.

Ada juga yang menolak hukum harus ASB tapi dengan kepentingan.

Ada yang mengambil fatwa pandangan ASB tidak harus kerana untuk mempromosi unit trust patuh syariah tapi dalam masa sama masih promosi unit trust tidak patuh syariah dan masih menggunakan produk kewangan konvensional.

Begitu juga dengan yang menyokong fatwa harus ASB, kerana hendak mempromosi ASB loan tapi dalam masa sama masih mempromosi insurans konvensional.

Nampak janggal di situ.

Cara paling mudah dan selamat yang boleh kita lakukan selaku orang awam ialah; hormati kedua-duanya.

Sama ada kita setuju atau tidak setuju, kita hormat.

Serahkan ia kepada pakar.

Jika mereka betul, ada 2 pahala untuk mereka.

Jika mereka silap, ada 1 pahala untuk mereka.

Malah, jika memang mereka kena suap, ada kepentingan – kita serah kepada pakar dan ulama yang lain untuk menghadapi mereka dan ALLAH yang akan menghukum mereka, bukan kita.

Jika kita hendak membangkang atau menyokong, bangkang dan sokongan dengan ilmu.

Ini juga sikap saya untuk isu selain ASB; isi vape, isu pokemon dan yang terkini isu RUU 355.

Teringat kata-kata senior merangkap naqib saya Tuan Ustaz Syed Mohd Norhisyam; “Jika munafik pada zaman Nabi menjauhkan ummat Islam daripada Rasulullah, munafik pada zaman ini menjauhkan ummat Islam daripada ulama”.

Hormati mereka.

Kalau bukan kita, siapa lagi?

Berapa kali kita dengar orang Kristian kutuk paderi mereka? Atau orang Hindu maki hamun Tok Sami mereka?

IKLAN: ASB Financing PALING RENDAH DI DUNIA.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Antara kelebihan para perunding Single License Investment ialah, kami menerima…