Kempen Sokong Produk Muslim, Bukan Kempen Boikot Produk Non-Muslim

Kita jalankan kempen sokong produk Muslim, bukan kempen boikot produk non-Muslim.

  1. Tak perlu pun sampai kita buang segala produk non-Muslim yang sudah lama kita langgan. Jika langgan baru, utamakan produk Muslim dahulu.
  2. Tak perlu kita buruk-burukkan produk non-Muslim sehingga ada yang sampai mencaci dan mengeji. Lebih baik kita fokus kepada kelebihan yang ada pada produk Muslim yang suci.
  3. Tak perlu provokasi murahan sehingga menghina bangsa selain bangsa kita. Kita perlu galakan supaya lebih ramai menyertai dan menyokong kempen kita.
  4. Jangan sampai nanti kempen yang berobjektifkan jihad ekonomi Muslim bertukar menjadi kempen mencetuskan kebencian dan sentimen perkauman.
  5. Kita utamakan agama, bukan bangsa. Ia boleh jadi Melayu Muslim, India Muslim, Cina Muslim, Acheh Muslim, Mamak Muslim dan seterusnya.
  6. Biar kempen ini menambahkan jaringan dan kawan, bukan menambahkan seteru dan lawan.
  7. Jika ada yang sindir usaha kita, kita doa yang baik-baik buat mereka. Tak perlu sampai nak kutuk dan kafirkan mereka. Anggap ia sebagai baja untuk menyuburkan usaha kita.
  8. Cukuplah kita berbalah soal politik, ini masa untuk kita bersatu bukan atas dasar politik.
  9. Usaha ini akan rosak kalau ada unsur politik kepartian. Biar ia bergerak secara organik, barulah berkesan.
  10. Kempen BMF ini akan berjalan dengan penuh harmoni jika ia dijalankan dengan penuh ukhuwah tanpa sentimen perkauman sempit dan tidak politik kepartian. Ia akan lebih menyeronokkan!

Afyan Mat Rawi
Bapa Perpaduan FB (self-claim)

Follow dan klik see first utk lagi tip-tip kewangan dan kehidupan.

Utk info pantas, ikuti Channel Telegram t.me/afyanIFP

Gambar diambil dari komen. Tak tau nak kredit pada siapa.

 

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com