fbpx

Saya bersedia untuk sesi diskusi terbuka bersama PPIM : Perbankan Islam – riba , haram dan tidak patuh syariah

  • 11 months ago
  • 3Minutes
  • 481Words
  • 685Views

Sdra Fadzil Hashim petik nama saya pada posting yang tak dapat saya nak berikan komen. Ramai yang tag saya di sana, tapi saya tak dapat nak respon.

Saya bersedia untuk sesi face to face secara terbuka, dengan topik PERBANKAN ISLAM RIBA, HARAM, TIDAK PATUH SYARIAH sebagaimana dakwaan oleh PPIM selama ini.

Topik Noriba, Raudhah City, KOPPIM tu topik picisan sahaja. Isu utama adalah bertahun-tahun PPIM membuat tuduhan ini dan mereka tak pernah pun sekali membuat perbincangan secara serius dengan pihak penasihat syariah bank-bank.

PPIM boleh bertemu along secara face to face atas Isu along yang mereka bawa, tapi tak ada langsung mereka berjumpa dan berdiskusi dengan pihak penasihat syariah bank untuk berdiskusi topik yang mereka bawa berkenaan perbankan Islam.

Malah dalam video pertama saya, langsung daya tak petik nama beliau. Saya hanya sebutkan PPIM untuk menjawab sekali lagi tuduhan mereka yang mengatakan rakyat Malaysia 40 ditipu oleh perbankan Islam.

Saya hairan kepada Sdra Fadzil yang respon, walhal beliau bukan AJK PPIM pun. Rupa-rupanya baru saya tahu, semua projek tadi, Noriba, KOPPIM, Raudhah City – semua di bawah beliau dengan kerjasama PPIM. Patutlah beliau triggered apabila saya singgung projek tersebut.

Malah Sdra Fadzil sendiri skeptical apabila saya ingin mengajak sesi diskusi live dengan penasihat syariah Quantum Metal. Sdra Fadzil membuat tuduhan melulu apabila mengatakan dia tak pernah nampak penasihat syariah bank buat sesi live. Walhal, banyak kali je penasihat syariah bank melakukan sesi live, cuma dia tak nampak.

Sebenarnya tahun lepas saya sudah mengusahakan untuk membuat sesi live topik bertajuk sama. Mula-mula saya offer kepada bangsa anti bank Islam yang selalu sangat menyerang Facebook saya atau yang suka mengulas topik ini di media sosial, tapi sampai ke sudah tak ada yang berani muncul.

Sehinggalah ada cadangan untuk memanggil bekas CEO Bank Muamalat, yang selalu digunakan oleh PPIM sebagai sandaran. Saya bersetuju dan usahakan.

Namun agak memeranjatkan apabila pihak beliau mencadangkan kepada topik lain iaitu PERBANKAN ISLAM MEMBAWA KEMUDARATAN KEPADA RAKYAT. Malah sepanjang sesi live berlangsung, tidak ada sepatah beliau mengatakan bahawa perbankan Islam haram, riba dan tak patuh syariah. Apabila ditanya berkenaan hukum, beliau mengatakan bahawa perlu rujuk alim ulama.

Jadi tajuk sesi diskusi terbuka itu adalah PERBANKAN ISLAM RIBA, HARAM DAN TIDAK PATUH SYARIAH, sebagaimana PPIM dakwa dan sebarkan selama ini. Insya Allah saya bersedia.

Jika Sdra Fadzil setuju, kita bincangkan tarikh, masa lokasi dan seorang moderator untuk sesi live berkenaan.

Jangan nanti tukar tajuk kepada “Perbankan Islam tidak sempurna”, “Perbankan Islam perlu ditambah baik” atau seumpamanya sebab semua itu tidak ada yang saya tidak persetujui.

Ada mana-mana pihak yang sudi anjurkan sesi ini?

Sambungan:

Kenapa saya insist tajuk PERBANKAN ISLAM RIBA, HARAM, TIDAK PATUH SYARIAH dan tidak mahu tajuk lain yg hanya retorik.

Rujuk artikel di sini

Artikel berkaitan :

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Tags:

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended