fbpx

Viral bantuan dari gereja

  • 2 years ago
  • 3Minutes
  • 460Words
  • 1092Views

Cuba tengok berita-berita ini.

Satu dari Malaysia Dateline, tahun 2016. Portal ini melaporkan ramai Melayu gelandangan makan di gereja sebab tak dapat bantuan.

Satu lagi dari Malaysia Gezzate, tahun 2021. Dilaporkan 9 tahun dapat bantuan geraja kerana tak dapat bantuan pusat zakat.

Dan yang terkini daripada The Repporter. Beberapa hari lepas. Saya baru perasan kisah ini viral. Berita seorang wanita mengadu tak dapat bantuan untuk ibunya yanhg OKU dan terlantar 2 tahun.

Semuanya portal berita online.

Pendedahan sebegini sengaja dibuat untuk memburukkan institusi zakat.

Asal tak dapat bantuan zakat, terus gereja beri bantuan. Asal tak terima zakat fitrah dapat bantuan dari gereja. Asal tak dapat bantuan, ugut nak minta bantuan gereja

Dulu pun pernah viral cerita lelaki memohon bantuan gereja di Asia Jaya, lalu Pusat Zakat Wilayah Persekutuan mengambil inisiatif untuk mencari gereja berkenaan, tidak dapat dijumpai pun gereja mana yang dikatakan sangat mudah memberi bantuan itu.

Kita akui pusat zakat bukan sempurna, tapi dengan cerita satu pihak sebegini untuk membuat tuduhan bahawa Pusat Zakat tak buat kerja adalah tindakan yang melampau.

Dengan naratif “‘Nak kami minta bantuan dari gereja ke, baru nak datang bagi bantuan?’, berita ini sengaja dihidangkan sebegitu rupa untuk memberi imej negatif kepada pusat zakat, baitul-mal dan sekaligus kepada imej agama Islam.

Dan dalam posting komen, akan berhamburlah maki hamun, kutuk dan hina kepada institusi zakat.

Pusat zakat sapu duit!
Baitulmal songlap!
Jawab la kat akhirat nanti!
JKM buat apa?
Zakat baitulmal buat ke??!!
Makan duit haram!
Viralkan! Viralkan!

Itulah antara komen-komen yang biasa kita baca setiap kali muncul berita macam. Sahih atau tidak berita itu, belakang kira. Yang penting maki hamun dulu.

Dalam video yang viral di Tiktok ini, seorang wanita meluahkan rasa kecewanya terhadap JKM dan pusat zakat kerana tidak meluluskan permohonan bantuan untuk ibunya yang terlantar 2 tahun dan OKU. Katanya juga JKM maklumkan borang hilang.

Tapi cerita itu dinafikan oleh seorang netizen bernama Adam Mukhriz. Rujuk gambar terakhir, screenshot daripada posting di sini

Katanya, Baitulmal WP saban tahun dah berikan bantuan. Manakala bantuan untuk ibunya yang OKU pula baru 20 hari dimohon dan borang tak hilang.

Mereka juga manusia, tentu ada kelemahan dan tak mustahil ada yang terlepas pandang. Tapi ia bukan alasan untuk memburukkan institusi zakat.
——–

Topik zakat dalam modul PURIFICATION atau PENYUCIAN harta dalam Modul Kewangan I.N.F.A.Q yang terkandung dalam #bukuBMW

Dalam modul I.N.F.A.Q ada 7 modul kewangan yang dikupas, iaitu
1. Aliran Tunai
2. Aset dan hutang
3. Simpanan
4. Perlindungan
5. Pelaburan
6. Penyucian
7. Pewarisan

Boleh dapatkan buku Bijak Merancang Wang di BukuBMW setebal 320 muka surat halaman warna.

Siapa yang dapatkan buku ini akan terima juga hadiah:

1. Buku digital PKP Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh!
2. Rakaman video LIVE Seminar Bijak Merancang Wang dengan durasi 5 jam non-stop.

Ketik BukuBMW.com
Ketik BukuBMW.com
Ketik BukuBMW.com

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

One Comment
  1. Avatar

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Sedih betul kalau betul ada ejensi umrah masih pakai insurans…