Hukum Menggunakan Medical Card Insurans Konvensional Yang Disediakan Oleh Majikan
“Apa hukum pekerja menggunakan fasiliti medical card yang disediakan oleh majikan yang melanggan polisi insurans konvensional?”
Soalan ini antara yang paling kerap diajukan di FB saya pada status berkenaan hukum insurans konvensional.
Saya jawab berdasarkan ilmu cetek saya.
Majikan yang melanggan insurans konvensional hukumnya haram. Namun dosa majikan tidak ditanggung oleh pekerja.
Sebagaimana seorang ejen insurans yang menerima komisen dan memberi nafkah kepada anak. Anak tidak menanggung dosa si ayah.
Utk jawapan yang lebih tuntas, elok rujuk pakar atau agamawan dalam bidang muamalat. Mungkin pendapat saya kurang tepat.
UPDATE: Isu ini sudah dijawab juga oleh Mufti Wilayah Persekutuan
Rujuk tulisan penuh beliau di sini
Situasi 1
Syarikat mensyaratkan pekerjanya untuk mengambil pelan perlindungan daripada syarikat insurans tertentu dan bayaran premium kepada syarikat tersebut akan dipotong daripada gaji bulanan pekerja tersebut. Dalam keadaan ini, pekerja itu sendiri mengeluarkan duitnya untuk membayar premium tersebut.
Situasi 2
Syarikat menyediakan insentif pelan perlindungan bagi menjaga kebajikan pekerjanya, bayaran premium kepada syarikat insurans ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat. Oleh itu, apabila pekerja diterima masuk untuk bekerja di syarikat tersebut maka secara automatik dia layak untuk menggunakan insentif
Bagi Situasi 1, sekiranya syarikat tersebut hanya mensyaratkan untuk pekerja mengambil apa-apa pelan perlindungan, maka sebagai seorang muslim dia wajib mengambil pelan perlindungan yang berasaskan Islam. Sekiranya dia mengambil pelan perlindungan konvensional maka perbuatan tersebut adalah haram dan berdosa kerana mengikut kaedah feqah “apa yang haram diterima, haram juga untuk memberinya.”
Namun, berbeza pula bagi Situasi 2, pihak yang membayar premium insurans adalah syarikat dan bukannya pekerja itu sendiri. Ini bermakna, transaksi membayar premium insurans konvensional yang melibatkan unsur judi, gharar dan riba itu dilakukan oleh syarikat bukannya pekerja. Oleh kerana itu, pekerja tidak menanggung kesalahan atau dosa yang dilakukan pihak syarikat. Manakala kemudahan medical card yang disediakan oleh pihak syarikat adalah memang menjadi polisi syarikat bagi setiap pekerja yang diterima masuk akan layak menggunakan kemudahan kesihatan tersebut.
Kami mentelaah kepada beberapa institusi luar negara tentang isu ini. Antaranya Institusi Fatwa Jordan menyatakan bahawa seorang pekerja boleh menerima wang insurans konvensional yang dibayar oleh syarikat dia bekerja dengan syarat premium yang dibayar adalah daripada pihak syarikat bukannya daripada duit pekerja seperti pemotongan gaji dan lain-lain.
Maksud fatwa tersebut: Akad insurans konvensional adalah akad yang diharamkan bentuknya atau warna secara keseluruhan, kerana padanya terdapat unsur gharar dan judi dan memakan harta manusia dengan cara yang batil, maka diharamkan akad ini apabila terdapatnya pilihan untuk dicapai oleh pekerja.
Walaubagaimanapun, sekiranya syarikat yang menjamin (membayar insurans) untuk semua pekerjanya daripada harta syarikat itu sendiri dan tanpa memotong gaji atau sebahagian (bayaran premium) diambil daripada gaji pekerja, maka tidak ada halangan untuk pekerja atau warisnya untuk mengambil manfaat dengan duit insurans yang diberikan kepada mereka. (Rujuk Fatwa No.1915 bertarikh 05-10-2011)
Boleh klik link di sini utk bacaan penuh
Wallahua’lam
Afyan Mat Rawi
Bukan pakar muamalat.
KOMEN | LIKE | SHARE | FOLLOW Afyan Mat Rawi
Join t.me/AfyanIFP utk ilmu kewangan PERCUMA
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran