fbpx

Penjelasan Tentang Insurans Konvensional

  • 4 years ago
  • 3Minutes
  • 537Words
  • 507Views

Mana-mana ejen insurans konvensional yang tak puas hati dengan status-status saya berkenaan hukum insurans konvensional, dipersilakan untuk kita berdiskusi secara terbuka.

Boleh kongsikan hujahan Tuan-Puan di bawah, dan saya akan reply. Kita bincang secara terbuka dan biar publik menilai.

Tempoh hari ada seorang ejen insurans konvensional katanya nak explain kepada saya secara bersemuka dan saya bersedia. Saya sudah PM dan minta datang ke ofis dan berikan masa yang saya available.

Saya katakan akan buat rakaman supaya publik menilai. Sampai sekarang masih tak respon.

Antara hujahan yang mengatakan bahawa insurans konvensional sama sahaja dengan takaful:

Hujah 1: Dana insurans konvensional dilaburkan ke dana patuh syariah.

Hujah 2: Insurans konvensional tak ada simpanan, jadi tak haram.

Hujah 3: Produk insurans konvensional yang dipasarkan, tiada yang sama dalam takaful. Jadi, ia darurat.

Hujah 4: Sama je insurans dengan takaful. Ada juga ulama yang mengharamkan juga takaful sebab back door riba.

Kesemuanya sudah saya jawab sebagaimana berikut.

Jawapan hujah 1 & 2:
Hujah 1: Dana insurans konvensional dilaburkan ke dana patuh syariah.

Hujah 2: Insurans konvensional tak ada simpanan, jadi tak haram.

Jawapan:
Hukum insurans konvensional adalah disebabkan kontrak yang tidak sempurna rukun mengikut syariat muamalat Islam. Jadi ia mengandungi unsur riba’, gharar dan maisir.

Jadi, tiada kaitan pun ia dilaburkan ke mana atau kaitan dengan ada simpanan atau tidak.

Analogi mudahnya begini. Jual arak tetap haram walaupun peniaga tadi laburkan keuntungan jualan ke saham patuh syariah.

Jawapan hujah 3:
Hujah 3: Produk insurans konvensional yang dipasarkan, tiada yang sama dalam takaful. Jadi, ia darurat

Jawapan:
Celah mana darurat? Berdasarkan maqasid syarieyah, darurat ini ada 5 sahaja situasi:

1. Menjaga agama
2. Menjaga nyawa
3. Menjaga harta
4. Menjaga maruah
5. Menjaga aqal

Produk insurans mana yang dikatakan darurat? Apa istimewa produk tersebut yang tidak ada pada takaful?

Tolong buktikan. Tolong tunjukkan mana daruratnya?

Cara nak tentukan sama ada darurat atau tak, tanya soalan ni: Kalau tak wujud produk tersebut, apa yang akan terjejas? Agama? Nyawa? Harta? Maruah? Aqal? Kalau setakat terjejas komisen sebagai ejen insurans, itu bukan alasan utk mengatakan ia darurat utk orang lain langgan produk tersebut.

Jawapan hujah 4:
Hujah 4: Sama je insurans dengan takaful. Ada juga ulama yang mengharamkan juga takaful sebab back door riba.

Jawapan:
Saya pelik kalau ada ejen insurans konvensional yang berpendapat macam ni.

Sebab, kalau dah insurans konvensional dan takaful sama-sama haram, kenapa jadi ejen insurans konvensional? Kalau berpegang kepada pendapat kedua-duanya haram, patutnya jangan jadi ejen insurans terus la kan?

Kalau ia datang dari orang lain yg bukan ejen, maka saya berlepas tangan kerana jika Majlis Fatwa Kebangsaan pun sudah fatwakan bahawa hukum takaful adalah harus, siapa kita nak haramkan? Malah jumhur ulama mengharus muamalat takaful atau disebut juga sebagai insurans islam di beberapa negara timur tengah.

Ia sama macam kes geng Dinar Dirham yang mengharamkan wang kertas tapi dalam masa sama guna wang kertas untuk jual beli emas.

– Tamat jawapan hujah –

Ada lagi mana-mana ejen insurans yang ingin berhujah? Dipersilakan. Saya tak pernah blok kalau berbeza pendapat. Pastikan guna akaun original dan bukan akaun fake dalam memberi komen.

Saya tak alu-alukan komen berbentuk maki hamun. Nak maki hamun, buatlah di status sendiri. FB tak sesuai untuk jenis manusia yang suka maki hamun.

Wallahua’lam.

Afyan Mat Rawi

KOMEN | LIKE | SHARE | FOLLOW Afyan Mat Rawi
Join Telegram utk ilmu kewangan PERCUMA

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
"Apa hukum pekerja menggunakan fasiliti medical card yang disediakan oleh…