fbpx

Hukum menyertai acara maraton yang dianjurkan oleh institusi berasaskan riba

  • 11 months ago
  • 2Minutes
  • 207Words
  • 154Views

Kami katakan, tidak boleh seseorang muslim itu menyertai acara maraton yang dianjurkan oleh institusi berasaskan riba kerana ianya merupakan wasilah kepada perkara yang jelas pengharamannya, iaitu riba.

Sekiranya dia mengetahui tentang pihak yang menaja acara tersebut menjalankan jual beli yang diharamkan oleh syara‘, tetapi masih degil dan enggan menjauhkan diri daripada mempromosikan syarikat tersebut, maka dia telah melakukan perkara yang haram dan berdosa

Dengan kesempatan ini, kami juga ingin menasihatkan kepada para pendakwah agar tidak memukul rata kesemua peserta yang menyertai acara maraton ini sebagai pendosa yang sengaja mempromosikan syarikat berasaskan riba. Yang lebih baik adalah kita menunjukkan sifat toleransi dan lemah lembut dalam memberikan nasihat serta peringatan agar masyarakat awam lebih mudah menerima kebenaran.

Kesimpulan:

1. Menyertai acara larian yang dianjurkan oleh institusi berasaskan riba adalah haram

2. Jangan pukul rata semua yang sertai sebagai sengaja mempromosi riba dan beedosa. Perlu seru masyarakat dengan toleransi dan lemah lembut.

Rujuk artikel penuh oleh Dr Zulkifli al Bakri

Tambahan daripada saya

1. Kepada rakan-rakan yang masih bekerja dalam institusi riba, usahakan untuk berhijrah.

2. Kepada rakan-rakan ejen yang masih mempromosi produk riba, berhentilah.

3. Kepada rakan-rakan yang masih melanggan produk riba, berhentilah segera.

4. Jangan tayangkan, kongsikan, pakai baju, update posting yang secara tidak langsung mempromosi syarikat riba.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
"Saya susah betul nak menyimpan setiap bulan. Tapi bila tukar…