fbpx

Mengapa menyimpan emas boleh meningkatkan kewangan anda

  • 11 months ago
  • 2Minutes
  • 202Words
  • 187Views

“Saya susah betul nak menyimpan setiap bulan. Tapi bila tukar hobi menyimpan emas ni, saya rasa lebih selamat. Duit tak habis, ‘gram’ emas pun makin meningkat”

Saya setuju.

Ia lebih baik daripada tak melakukan apa-apa dalam menguruskan kewangan.

Contoh jika anda berjaya mengasingkan RM100 untuk membeli emas dan melakukan perkara tersebut secara konsisten, dalam tidak sedar anda sudah berjaya menjadikan tahap kewangan anda lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Contoh tahun 2024 nanti anda berjaya mengasingkan RM1,200 yang bersamaan pembelian emas seberat 3.8gram.

Ini satu pencapaian yang lebih baik kerana anda sudah mempunyai aset anda sendiri. Jika ia lebih baik, maka teruskan dengan konsisten.

Sejak dulu, pendekatan saya terhadap emas masih kekal. Emas ialah salah satu instrument pelaburan. Ia sama macam pelaburan lain seperti saham, unit trust, rumah dan lain-lain.

Sejak dulu juga, pandangan saya sentiasa kritikal terhadap mana-mana pelaburan. Malah banyak kali saya tegaskan bahawa lebih baik wang yang kita simpan di bank, Tabung Haji atau ASB kekal di situ daripada keluarkan ke dalam mana-mana instrumen pelaburan yang kita tak faham.

Apabila ia disebut pelaburan, maka ia sentiasa ada kos dan risiko.

Jadi, sama dengan emas, pastikan faham perkara asas ibu supaya dapat melabur dengan betul.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Gambar ini adalah daripada sebuah fail yang private & confidential…