fbpx

Hati-Hati Order Makanan Online

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 221Words
  • 559Views

Berhati-hati, gaissss…

Sudah beberapa kali insiden sebegini berlaku.

Antara pengajaran yang kita boleh ambil dari kes-kes sebegini ialah:-

1. Jika order makanan secara online, pastikan daripada peniaga Muslim. Untuk lebih mudah, kita beli dari restoran yang kita dah biasa dan kenal.

2. Nama Melayu atau Arab tak semestinya Muslim. Teknik ini sudah diguna pakai oleh orang-orang non-Muslim terutama syarikat Cina sejak sekian lama. Jika ia mempunyai pengsijilan halal JAKIM yang sah, tidak timbul isu halal-haram, tapi lebih kepada mengelirukan pengguna dengan nama Melayu atau Arab yang tanggapan bahawa pengeluarnya Muslim.

3. Selama ini teknik ini digunakan untuk produk makanan dalam bentuk tin, botol atau paket seperti mi, sos, kicap dan seumpamanya. Jarang jumpa restoran yang menggunakan teknik ini. Kalau ada, selalunya restoran yang menyamar sebagai restoran Mamak tapi rupa-rupanya India non Muslim. Dulu pernah kantoi kes Pau Ahmad yang disangka keluaran Muslim tapi rupa-rupanya Cina.

4. Apabila perkhidmatan penghantaran makanan mulai popular melalaui Food Panda dan Grab Food, nampaknya ada yang mula mengambil kesempatan menggunakan nama yang memberi imej Melayu Muslim tapi rupa-rupanya bukan.

5. Kepada peniaga Melayu Muslim yang berniaga dan menjual makanan melalaui aplikasi online sebegini, digalakkan mendapatkan pengsijilan halal JAKIM. Saya dimaklumkan JAKIM ada program khas untuk membantu golongan asnaf dan B40 bagi memudahkan mendapat sijil halal JAKIM.

Jemput juga follow Channel Telegram t.me/AfyanIFP

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Ahmad Mustapha HUKUM WANG KUTU YANG DITERIMA…