fbpx

Hutang Kereta Silent Killer Dalam Kewangan

  • 4 years ago
  • 4Minutes
  • 743Words
  • 413Views

Hati-hati dengan hutang kereta. Silent killer dalam kewangan

Dipetik dari FB Ashraf Mislan

Hutang Kereta : ‘The Silent Killer’ dalam pengurusan kewangan!

Beberapa hari lepas, saya ada tulis isu berapa jam masa kerja kita, kita habiskan untuk membayar hutang. Dah baca?

Kalau yang belum sempat baca, saya ada kirakan hampir separuh hari, kita bekerja untuk bayar hutang kita. Kalau kita kerja seminggu, hampir tiga hari kerja untuk bayar hutang. Kalau 30 hari bekerja, maknanya 15 hari untuk membayar hutang.

Pedih tak kiraan tu?
Kalau tak tepat, mungkin hampir tepat dengan situasi anda.

Tapi kan, dalam banyak – banyak hutang, hutang apa yang boleh digelarkan ‘The Silent Killer’ dalam Pengurusan Kewangan?

Ramai orang akan jawab, hutang kad kredit kan?

Aku pun rasa macam tu. Tapi bila tengok dekat diri sendiri, aku mana ada kad kredit. Tapi kenapa selama ni gagal dalam uruskan duit sendiri? Ye, duit sendiri, bukan duit orang lain. Hahaha.

Bila belajar dengan Pakar Pengurusan Kewangan, Tuan Afyan Mat Rawi, sebenarnya pembunuh senyap dalam pengurusan kewangan ni ialah hutang kereta. Perghh. Mula – mula tak boleh terima. (Sebab ego Hahaha)

Tapi bila kiraan di atas kertas secara matematik. Ianya boleh jadi satu fakta yang menarik. Jom kita kira, atas dasar pengalaman aku sendiri 10 tahun lepas.

Gaji masa tu, RM1500. Bayar bulanan kereta lebih kurang RM500. (Sebenarnya lebih, tapi nak senang kira). Kalau ikut kiraan hutang kerata ni, kira – kira 33% daripada gaji je kan kita pakai? Ada baki RM1000, untuk orang bujang, nampak ok je kan?

Baik, saya share kiraan disebalik tu, yang menyebabkan benda ni jadi ‘pembunuh senyap’ dalam pengurusan kewangan. Ingat, kat sini ada baki RM1000.00 sebulan tau. Kita sambung ya.

Cuba kita letakkan kos – kos lain untuk kereta ni dan kira kirakan secara bulanan.

Kos – kos wajib :
• Duit minyak, RM300 sebulan
• Duit tol, RM50 sebulan
• Roadtax, RM800 setahun. Bahagi 12, RM66.66. Senang kira, RM67 sebulan
Total untuk kos – kos wajib ni, RM417.00 sebulan

Untuk kos lain yang kita tak perasan :
• Tayar. Aku suka beli yang baru untuk keselamatan. RM150 x 4 buah = RM 600. Tukar tayar ni biasa dua tahun sekali, so bahagi dengan 24 bulan. Dapat la kos tayar RM25 sebulan
• Maintanance. Kereta baru ni ada jadual kena hantar Service Center. Anggarkan empat bulan sekali, dengan sekali servis RM200. So, kira – kira RM50 sebulan
• Cuci kereta. Kadang – kadang cuci sendiri. So, RM20 sebulan.
• Aksesori kereta. Perfume, wiper kereta dan lain – lain la yang kadang – kadang kita ‘teringin’ beli untuk kereta kita tu. Anggaran RM20 sebulan.
Total untuk kos lain, RM 115.00 sebulan

Jumlah kos wajib dan kos – kos lain, RM 532.00 sebulan. Tolak dengan baki lepas bayar kereta tadi, ada baki terbaru, RM 468 sebulan.

Ini kiraan secara kasar. Mungkin lebih, mungkin kurang. Sepanjang aku pakai kerata Myvi aku tu, dua kali aku tukar sportrim. Ada 2 kali tukar tinted. Nasib baik niat nak spray kereta tu aku batalkan. Syukur sangat.

Baki gaji, RM468.00, atau bersamaan 31.2% sahaja duit yang tinggal. Tak perasan kan? Fuhh… sebab itulah kita gagal menyimpan.

Benda ni, beberapa tahun lepas pun kita pernah dengar, beli kereta ni, susut harga cepat turun. Baik beli rumah, harga rumah naik. Tapi kita ego. Kita rasa beli rumah tu jadi kapitalis. Nanti orang susah tak boleh beli rumah kalau kita beli rumah banyak – banyak.

Sebenarnya, kita tolak pendapat beli kereta ni, sebab pendapat tu tak seiring dengan kita. Itu je. Dan kita ni ego je. Siapa yang suruh beli rumah banyak – banyak? Fokus untuk beli sebuah rumah dulu.

Nak beli kereta, boleh je. Tapi kena la ikut kemampuan. Aku beli kereta lepas motor kesayangan aku hilang kena curi. Tarikh aku takkan lupa, 27 Jun 2009. Tiga bulan lepas tu, kereta aku keluar. Beli sebab geram motor hilang. Hahahaha.

Aku tulis atas dasar aku percaya, “kita hari ini adalah hasil pemikiran kita 10 tahun yang lepas”

Aku tulis, bukan sebab kedudukan kewangan aku ni dah bagus. Kedudukan sekarang ni pun teruk, cuma dari sudut pengurusan, ada nampak perubahan. Yang paling penting, aku buat sebab aku nak jadi lebih baik untuk 10 tahuh akan datang. Faham tak?

Nak berubah, perlukan masa baru datang hasil. Contoh nak kurus pun, berbulan baru nampak hasil. Jadi, sama je dengan pengurusan kewangan. Yang penting, buang ego tu dan ambil peluang mencari ilmu.

Ashraf Mislan
INFAQ Consultancy

____________________

Kenangan gambar kereta. Baru lepas eksiden 21 Mac 2020 yang lepas. Sekarang dalam proses untuk claim total lost.

Nak belajar urus kewangan?
Klik sini : eSeminarBMW

Buang ego, bukakan hati. Ilmu akan selamatkan kita daripada terus ke lembah kegagalan.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Hutang umpama kolesterol. Ada baik ada jahat. Kena kawal "dia"…