fbpx

Besar Sangat ke Gaji Doktor?

  • 5 years ago
  • 3Minutes
  • 441Words
  • 539Views

Baca catatan Doktor Samhan ini, teringat saya lirik lagu “Malu Apa Bossku” yang saya cipta liriknya dan dinyanyikan oleh Sdra Arif Muazzim Abdul Rahman

“Malu apa bossku pergi kerja pakai motor kapchai,
Yang penting nak ke ofis mesti sampai,
Biarlah tak pakai kereta besar daripada hidup tersiksa nak bayar installment terkapai-kapai….”

Besar sangat ke gaji doktor?

Sebelum ini ramai yang berfikiran, kerja sebagai doktor akan mendapat gaji yang tinggi, hidup senang lenang, dapat miliki kereta dan rumah besar dengan mudah.

Saya berulang alik dari rumah ke hospital dengan motosikal. Kadang-kadang terpaksa berhenti di tepi jalan untuk pakai baju hujan. Kalau musim tengkujuh, boleh dikatakan setiap hari hujan.

Pernah sekali disapa ,”Doktor naik motor ke? Habis lencun”

“Naik motor. Dah biasa” jawabku tersenyum. Apa nak dimalukan.

Dalam hati kecilku menjawab, dengan naik motorlah, aku dapat menyimpan. Jom kita buat kira-kira beza naik motor dan kereta.

Motor(kos setahun):

Ansuran: rm1800(rm150/sebulan)
Petrol rm360 (rm30/sebulan)
Servis rm360(rm30/sebulan)
Roadtax&insuran rm150
Total setahun: RM2250

Kereta Myvi(kos setahun):

Ansuran rm6600(rm550/sebulan)
Petrol rm2400(rm200/sebulan)
Servis rm750/setahun
Roadtax&insuran rm770/setahun
Tol rm1560(rm130/sebulan)
Lain-lain rm240/setahun
Total=RM12,320

*kiraan tol untuk negeri tertentu

Anda boleh jimat #RM10070 setahun jika anda rela berpanas dan berhujan dengan menggunakan motor. Nak lagi jimat, pinjam motor ayah atau beli cash motor secondhand.

Jika anda memerlukan kereta terutamanya mereka yang dah bekeluarga, belilah kereta yang tidak terlalu membebankan.

Kereta penting kerana risiko kemalangan yang teruk rendah berbanding naik motor.

Berapa harga kereta yang sesuai?

Gaji sebulan x 12bulan
RM4600x12=RM55,200

Harga kereta yang sesuai anda beli adalah Myvi, Axia, Saga. Bukan honda civic apatah lagi mini cooper! Hehe

Status sebagai doktor bukan bermakna anda MESTI berkereta mewah, berpakaian berjenama mahal, makan di kedai hispter, ada iphone 11 pro max, tinggal di kondo, sering melancong ke luar negara.Hakikatnya gaji doktor tak banyak mana pun.

Kalau tak pandai merancang, tak sampai hujung bulan pun dah pokai. Dah bekerja bertahun-tahun pun masih tak mampu beli rumah, duit gaji cukup bayar kereta dan perbelanjaan bulanan.

Jangan terpedaya dengan status. Berbelanjalah dibawah kemampuan anda bukan berbelanja mengikut kemampuan.

Mudah kata, gaji doktor tapi berbelanja macam orang bangla! haha

Bukan nak kedekut taik hidung masin, tapi kita tahu kesihatan kewangan kita. Jika mampu, belilah. Tak salah pun.

ILMU MAHAL ini saya banyak belajar dari ebook Afyan Mat Rawi. Sangat berbaloi beli siap dengan 17 video kewangan untuk lebih mudah faham.

Harga cuma #RM57. Mak ai murah!

Jadi apa lagi, terus klik link dibawah dan buat pembayaran sebelum terlambat!

eSeminarBMW

eSeminarBMW

eSeminarBMW

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Hati-hati dengan hutang kereta. Silent killer dalam kewangan Dipetik dari…