Inflasi Harga Durian
Viral gambar jualan durian dengan tulisan “1958 = 80 sen stopok”.
Semalam saya kongsikan gambar tersebut, dengan caption;
“Dengan anggaran kadar inflasi 6% setahun, nilai 80 sen pada tahun 1958 bersamaan RM26.40 pada tahun 2018”
Anggaran infalasi 6% ini mungkin tinggi. Inflasi rasmi tak sampai 6%.
Berdasarkan komen berhubung gambar, durian sebanyak itu agak mustahil dengan harga RM26.40 pada tahun 2018, kecuali yg kualiti rendah.
Paling tidak sekitar RM80 ke RM100 bagi stopok / setompok / selonggok durian sebanyak 8 ke 10 biji.
Jom kita kira berapa kenaikan harga diri tersebut dari tahun 1958 ke 2018, dengan anggaran harga sekarang RM80.
⭕️ Tempoh: 60 tahun (2018 – 1958)
⭕️ Kadar kenaikan: 7.98% setahun
⭕️ Jumlah kenaikan: 9,900%
⁉️ Kenaikan harga durian ialah 100 kali ganda dalam masa 60 tahun ⁉️
Rujuk komen utk detail pengiraan.
Ini antara topik penting yg saya selalu kongsikan dalam #SeminarBMWSeminar Bijak Merancang Wang. Topik tentang inflasi.
Contoh biasa saya gunakan ialah harga karipap;
✔️ Harga karipap hari ini ialah RM0.40 ke RM0.50 sebiji
✔️ Harga karipap 10 tahun lalu, tahun 2008 sekitar RM0.30
✔️ Harga karipap 20 tahun lalu, 1998 sekitar RM0.20 ke RM0.30
✔️ Harga karipap 30 tahun lalu, 1988 sekitar RM0.10 ke RM0.20
⁉️ Bermakna dalam masa 30 tahun, harga karipap naik 5 kali ganda ⁉️
Contoh lain yg saya gunakan pula ialah rumah.
(Ia mungkin berbeza mengiku lokasi, tapi Tuan-Puan boleh bayangkan rumah yg berharga RM500,000 utk membuat anggaran & andaian yang sama)
✔️ Harga rumah hari ini ialah RM500,000 sebuah.
✔️ Harga rumah yg sama 10 tahun lalu, tahun 2008 sekitar RM200,000 ke RM300,000
✔️ Harga rumah yang sama 20 tahun lalu, 1998 sekitar RM150,000
✔️ Harga rumah yang sama 30 tahun lalu, 1988 sekitar RM50,00 ke RM90,000
⁉️ Bermakna harga rumah meningkat 10 kali ganda dalam masa 30 tahun⁉️
Bagaimana dengan kos sara hidup lain?
Bagaimana dengan harga makanan?
Bagaimana dengan harga keperluan asas?
Bagaimana dengan harga tomato dan kangkung?
Lupa pikir la sendiri!
Dalam tempoh 30 tahun, berapa banyak gaji fresh graduate naik?
Dianggarkan, gaji fresh graduate hari ini ialah RM2,500 manakala 30 tahun lepas sekitar tahun 1988, gaji fresh graduate sekitar RM1,000.
Bermakna, ketika karipap naik 5 kali ganda, rumah naik 10 kali ganda, gaji fresh graduate hanya naik 2.5 kali ganda.
Inflasi memakan nilai wang dalam akuan kita tanpa kita sedari.
Ia perkara di luar kemampuan untuk kita kawal.
✖️Kita tak mampu kawal inflasi.
✖️Kita tak mampu kawal harga barang.
✖️Kita tak mampu kawal GST.
✖️Kita tak mampu kawal SST.
✖️ Kita tak mampu kawal harga durian.
✖️ Kita tak mampu kawal harga tomato Dan kangkung.
✖️ Kita tak mampu kawal harga nasi lemak.
✖️Kita tak mampu kawal kerajaan walaupun kita boleh pilih 4-5 tahun sekali. Dah tukar pun sama sahaja.
Tapi kita boleh kawal cara hidup.
✔️Kita boleh kawal tindakan yang boleh kita ambil untuk menghadapi kenaikan kos Sara hidup.
✔️Kita boleh kawal apa yang kita beli.
✔️Kita boleh pilih pekerjaan kita.
✔️Kita boleh pilih kereta yang kita pakai
✔️Kita boleh pilih buku apa kita nak baca
✔️Kita boleh pilih di mana kita hendak melabur.
Cara untuk menangani kenaikan kos Sara hidup ialah dengan melakukan PELABURAN. Dan pelaburan yang paling berbaloi ialah PELABURAN ILMU.
Usahlah berharap kepada sang penguasa untuk menurunkan harga barang.
Usahlah harap mereka untuk meningkatkan ekonomi rakyat jelata.
Malaysia bumi yang subur tapi rakyat sendiri merempat.
Bangsa asing sudah lama datang ke tanah air ini dan hirup madunya.
Dari zaman Yap Ah Loy dari China hingga ke zaman Wak Joko dari Indonesia, Emran Qosim dari Bangladesh dan Thet Naing dari Myanmar.
Bangsa-bangsa itu datang sehelai sepinggang tapi mati dengan timbunan harta dan wang.
Bangsaku? Masih berkelahi 24 jam bab politik.
Hari ini isu apa nak gaduh?
Afyan Mat Rawi, IFP
Follow dan klik see first utk lagi tip-tip kewangan dan kehidupan.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran