fbpx

Transparansi dan peratusan derma dalam pengurusan NGO

  • 5 months ago
  • 1Minute
  • 149Words
  • 173Views

Isu NGO yang mengutip derma dan gunakan sebahagian daripada sumbangan untuk kos operasi takkan jadi isu besar sekiranya

1. Ia memang dimaklumkan daripada awal kepada bakal penyumbang berapa peratus yang akan diambil untuk kos pengurusan.

2. Laporan kewangan dan audit disiarkan di website untuk rujukan penyumbang.

Itu sahaja yang menimbulkan isu.

Jika NGO yang objektif penubuhan bukan untuk mengutip derma dan memberi sumbangan, mungkin tak timbul isu peratusan tersebut.

Peratusan sumbangan ini jadi isu sebab ada penderma yang beranggapan sumbangan yang mereka berikan sampai 100% ke tangan penerima.

Jadi, sebab itu ia perlu diumumkan awal-awal supaya ia menjadi pertimbangan oleh penderma.

Jika penderma tiada masalah dengan peratusan tersebut dan menderma, bermakna mereka sudah memberi kebenaran dan keizinan kos wakalah tersebut.

Adapun kos pengurusan 30% itu munasabah atau tidak, ia subjektif.

30% tu pun bukanlah daripada peratusan yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia sebagaimana ramai yang beranggapan.

Wallahua’lam

Sumber dari FB page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Aku tanya apa khabar PAKPP? Baca juga artikel berkaitan PAKKP…