Insafff Tak?
Dari Fb Hamka (Kereta Mayat)
Semalam hari gaji kakitangan awam. Seronok gaji masuk awal tapi gaji bulan depan masuk 22 Jun, bermakna ada 40 hari (hampir 6 minggu) nak bertahan dengan gaji semalam.
Raya dah dekat seminggu lagi jadi ada macam macam nak beli tapi kena beringatlah, rujuk kisah Nabi Yusof dalam Al quran, yang beliau ada ilmu tafsir mimpi setelah raja bermimpi melihat tujuh ekor lembu gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus. Apa maksudnya?
Maka jawab Nabi Yusuf, negara akan di landa kemarau tujuh tahun, selepas tujuh tahun negara subur, jadi waktu negara subur, simpanlan makanan separuh agar musim kemarau rakyat tak susah.
Dari kisah ini fahamlan kita bahawa ekonomi dunia akan selalu naik turun, ekonomi kitapun sama, maka menyimpanlah separuh harta kita agar dapat digunakan waktu susah tanpa perlu kita meminta minta atau menyusahkan orang.
Tapi nak simpan separuh gaji tak mampu sebab kita banyak hutang nak kena bayar, seperti hutang rumah, kereta, penapis air, dan macam macam.
Maka nasihat pakar kewangan, simpanlah 6 bulan jumlah wang yang mampu kita hidup tanpa bekerja jika kita bisnes sendiri, dan 3 bulan jumlah wang yang mampu kita hidup tanpa bekerja jika kita kerja makan gaji macam penjawat awam.
Jadi nak simpan banyak mana? Ikut kisah Nabi yusof tu tiap kali gaji simpan separuh tapi itulah, hutang dan keperluan kita banyak, maka nasihat pakar kewangan, simpanlah 30% dari gaji atau sekurang kurangnya 10%.
Nasihat simpan duit ni selalu pakar mat saleh suruh buat, rupanya dalam Al quran dah cerita lama bab persiapan musim ‘kemarau’ yang dalam kes kita ni kemarau wang akibat wabak covid 19.
Banyak nak cerita tentang kewangan dan Islam, dan saya terpanggil nak menulis inipun selepas menonton video pengurusan kewangan oleh Afyan Mat Rawi
Beliau memang pakar bab kewangan islam dan tengok video beliaupun sedap jer cara dia ceramah dan buat anologi, dia mulakan kisah dengan analogi pokok dan buah yang mana kita hari ni bila buah kurang pada pokok kita bukannya nak buat usaha suburkan pokok, tapi kita sibuk cari buah lain sampai abaikan pokok buah kita yang perlu diselamatkan terlebih dahulu.
Lepas tu beliau pecahkan bab kewangan pada tujuh dan dua darinya merupakan saham akhirat, wah, sayapun tak terfikir sebelum ini, sungguh ilmu Allah itu luas asalkan kita sanggup merendah diri untuk belajar.
Beliau juga cerita tentang Neraka Wang yang buatkan kita selalu tak cukup duit sebab tak tahu cara betul uruskan wang mengikut syariat Islam.
Lepas tonton semua video, (sekejap sahaja boleh habis) baca pulak Ebook beliau, maka kefahaman tentang kewangan lebih tersingkap insyaAlah.
Jadi nasihat saya, jika nak baca Ebook beliau, korang tengok video dulu, macam sekolahlah, dengar cikgu mengajar dulu baru baca buku teks, baru faham apa buku teks nak sampaikan, begitulah.
Nak tonton boleh klik sini, tapi dah tentulah dia jual tapi dengan harga yang tak sampaipun RM100, dan ilmu yang kita dapat, InsyaAllah pelaburan yang sangat tak rugi terutama jika kita ditakdirkan menjadi orang yang mahu mengubah nasib dengan ilmu baru insyaAllah.
Klik sini: eSeminarBMW
Jangan kata abang keretamayat tak payung
Woha!
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran