Mudahnya Menyalahkan Orang Lain

Saya tertarik dengan isu yang dibangkitkan oleh Tuan Salkukhairi ini. Mudah sangat menyalahkan pihak lain bagi setiap masalah.

Tak mampu beli rumah, salahkan kapitalis sebab beli rumah banyak-banyak. Walhal banyak je rumah tak terjual.

Bank reject permohonan, salahkan bank sebab tak luluskan. Walhal salah diri sendiri tak pandai urus kewangan.

Harga rumah mahal, salahkan kerajaan sebab tak kawal harga rumah. Walhal rumah murah banyak je tapi tak ada taste kononnya.

Rumah kena roboh dan tebuk atap, salahkan Langkah Sheraton. Walhal tak reti jaga rumah. Eh?

Pendek kata, semua salah kecuali diri sendiri. Senang kan hidup dengan menyalahkan orang lain?

 

Baca tulisan Tuan Salkukhairi Abd Sukor ini:

Amat mudah menyalahkan undang-undang perumahan itu zalim lah, kejam lah..

Tetapi sejauh mana kita sebagai pembeli rumah faham akan hak-hak kita sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang?

Berapa ramai orang yang beli rumah baca perjanjian jual beli yang mereka tandatangan?

Berapa ramai pembeli rumah yang betul betul bersedia dari segi kewangan, mental dan ilmu sebelum membeli rumah?

Berapa ramai pembeli rumah yang cuba dapatkan nasihat perundangan bebas daripada peguam hartanah sebelum membeli rumah?

Ya..saya sendiri, ramai yang tanya saya soalan soalan tentang urusan jual beli hartanah di fb atau messanger saya. Tetapi bila saya suruh beli dan baca buku/ ebook saya terus diam. Bila saya suruh dapatkan nasihat perundangan secara formal dan bertulis atau buat appoinment datang jumpa saya dengan sedikit caj konsultasi dikenakan, terus tak jawab.

Maka, jika diri kita sendiri pun tidak bersedia untuk faham tentang undang-undang perumahan, atau hanya faham sekerat sekerat atau faham hanya berdasarkan sumber yang tidak soheh, atau faham berdasarkan persepsi kita semata-mata, bagaimana kita boleh katakan ianya zalim dan kejam?

Hakikatnya kitalah yang mungkin zalim dan kejam pada diri kita sendiri.

Maka sebab itulah sejak 7 tahun lepas lagi saya tidak pernah jemu berusaha memberi kesedaran kepada masyarakat tentang urusan perundangan hartanah yang sebenar.

Tetapi jika masyarakat sendiri tak nak berubah, tak minat nak cari ilmu, sayang duit untuk dapatkan ilmu berbayar, maka tiada apa yang dapat saya lakukan..

Jika anda tidak mahu menzalimi dan berlaku kejam kepada diri sendiri, dapatkanlah ebook MUDAHNYA URUSNIAGA HARTANAH ini.

Satu panduan lengkap tentang urusniaga hartanah anda. Ada pelbagai tips mudah lagi praktikal yang anda boleh praktiskan sebelum terlibat dengan urusniaga hartanah.

Klik link ini untuk maklumat lanjut dan pembelian.

eSeminarBMW

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi