Iran beri jaminan keselamatan, kapal Malaysia dibenarkan melalui Selat Hormuz

1. Dalam keadaan konflik global makin tegang, kapal Malaysia masih boleh lalu laluan minyak paling penting dunia tanpa sekatan.

2. Sekurang-kurangnya 7 kapal milik Malaysia dijangka melalui Selat Hormuz dalam masa terdekat selepas mendapat jaminan keselamatan daripada Iran.

3. Duta Iran ke Malaysia, Valiollah Mohammadi Nasrabadi, sahkan Malaysia dibenarkan lalu kerana dianggap negara sahabat.

4. Kapal Malaysia juga tidak dikenakan sebarang bayaran tol untuk melalui laluan strategik tersebut.

5. Sebelum ini, Menteri Luar Malaysia maklumkan kapal-kapal tersebut hanya menunggu “green light” dan masa sesuai untuk bergerak, bukan ditahan.

6. Antara kapal terlibat termasuk milik Petronas, MISC, Sapura Energy dan Shapadu, dengan sebahagiannya membawa minyak mentah.

7. Sekatan di Selat Hormuz berlaku selepas Iran bertindak balas terhadap serangan Amerika Syarikat dan Israel.

8. Iran jelaskan laluan itu tidak ditutup sepenuhnya, tetapi hanya disekat kepada negara yang terlibat atau menyokong serangan terhadap mereka.

9. Negara yang berkawan dengan Iran, seperti Malaysia, masih dibenarkan lalu dengan koordinasi tertentu.

10. Iran juga menolak dakwaan bahawa laluan itu ditutup sepenuhnya dan menegaskan tindakan mereka masih mengikut undang-undang antarabangsa.

11. Iran beri amaran bahawa mana-mana kehadiran tentera asing, termasuk NATO, akan dianggap menyokong tindakan agresif terhadap mereka.

12. Selat Hormuz sangat kritikal kerana kira-kira 20 peratus bekalan minyak dunia melalui laluan ini.

13. Harga minyak global meningkat akibat ketegangan ini dan sekatan laluan tersebut.

14. Iran kata mereka sebenarnya mampu tutup laluan itu sejak lama, tetapi tidak buat kerana tidak mahu ganggu ekonomi global.

15. Namun kali ini pendekatan berubah, di mana negara yang menyerang Iran tidak lagi diberi akses mudah ke laluan tersebut.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Add a Comment