fbpx

Isu ini boleh selesai jika kita semua berlapang dada

  • 1Minute
  • 157Words
  • 13Views

Terima kasih sahabat saya, Tn Wan Mohd Nurmisuari, atas nasihat ini

Saya setuju 100% dengan apa yang ditulis.

Andai semua ejen yang berkenaan mengambil pendekatan seperti Tuan, saya yakin isu ini boleh reda dan kita semua boleh move on dengan tenang.

Namun jika ada yang menyangka bahawa dengan menyerang dan menyindir saya secara peribadi akan menyebabkan saya diam, itu silap sama sekali.

Semakin banyak saya diserang semakin banyak peluru yang mereka berikan kepada saya, sebenarnya.

Isu ini sebenarnya boleh selesai dengan sangat mudah.

Cukup jika ejen-ejen yang sebelum ini mendakwa bahawa hibah takaful tidak boleh dicabar langsung, tampil buat permohonan maaf secara terbuka dan tarik balik kenyataan yang mengelirukan masyarakat.

Bukannya play victim sambil terus menyerang, menyindir, dan menuding jari menyalahkan saya, sedangkan kekeliruan berpunca dari mereka yang overclaim.

Saya harap Tuan juga boleh buat kenyataan terbuka untuk mengajak semua pihak supaya berhenti menunding jari dan move on demi manfaat industri bersama.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dalam sesi di Astro Awani semalam, ada beberapa persoalan diajukan,…