fbpx

Kita tak perlu pun medical card RM1 juta?

  • 7 months ago
  • 3Minutes
  • 516Words
  • 575Views

Terbaca tulisan “kita tak perlu pun medical card RM1 juta”.

Adakah ia betul-betul diperlukan atau hanya satu angka besar yang sekadar marketing?

Untuk menjawab persoalan tersebut, kita perhalusi beberapa perkara berikut.

Pertama sekali ialah berkaitan fungsi takaful dan seterusnya berkaitan kos perubatan di Malaysia.

Kita pergi satu persatu.

1. APAKAH FUNGSI TAKAFUL

Fungsi utama takaful adalah untuk perlindungan kewangan. Ia sebagai Plan B dalam perancangan kewangan.

Fungsi utama takaful ada 3:

  • 1. Income protection / Perlindungan pendapatan
  • 2. Debt settlement / Penyelesaian hutang
  • 3. Asset preservation / Pengekalan aset
3-fungsi-utama takaful

Jadi, fungsi medical card adalah di bawah fungsi ke-3 iaitu pengekalan aset. Bermaksud, apabila pelanggan dimasukkan ke hospital, mereka tidak perlu mencairkan aset untuk membayar bil rawatan.

2. BERAPA KOS RAWATAN PERUBATAN DI MALAYSIA?

Untuk menjawab persoalan di atas, saya merujuk laporan Bank Negara Malaysia tahun 2019 bertajuk “Mengawal Inflasi Tuntutan Insurans Perubatan”.

Berdasarkan laporan tersebut, Willis Towers Watson 2019 Global Medical Trends Survey Report menunjukkan bahawa kos rawatan perubatan di Malaysia dilaporkan bertambah melebihi purata global dan merupakan antara yang tertinggi di Asia Tenggara, sebagaimana berikut:

  • Malaysia 13.1%
  • Purata global 7.6%
  • Indonesia 10.9%
  • Filipina 11.5%
  • Singapura 9%
  • Thailand 8.5%
  • Vietnam 6.3%

Berdasarkan 2 fakta di atas, memang ada keperluan memiliki medical card RM1 juta untuk jangka masa panjang sebab kos perubatan sentiasa meningkat. Sekarang mungkin nampak rendah, tapi untuk jangka masa panjang ia mungkin tidaklah banyak mana.

Malah sebenanrnya sekarang pun, pernah saya baca kos perubatan hospital mencecah RM800,000. Ya, ia jarang sangat berlaku, tapi ada.

Tapi adakah semua orang perlukan medical card?

Sebenarnya kita di Malaysia sangat bertuah sebab kerajaan masih berikan subsidi perubatan di Malaysia. Malah sekarang ada pula Skim Perubatan Madani, dan dahulu pernah ada Klinik 1 Malaysia. Ini semua usaha kerajaan untuk membantu rakyat menangani kos perubatan dan kesihatan di Malaysia.

Justeru, keperluan medical card ialah kepada yang mempunyai kemampuan membayar caruman. Bagi yang tidak mampu, masih ada pilihan untuk ke hospital kerajaan.

Keperluan utama adalah fungsi income protection dan debt settlement yang kadang dipopularkan sebagai hibah. Walhal hibah tidak semestinya takaful – topik ini kita bincang dalam posting berbeza.

Bagi yang bajet terhad, better utamakan takaful untuk income protection dan debt settlement. Ia merujuk kepada takaful dengan manfaat kematian, lumpuh dan sakit kritikal.

Jika tak ada medical card, kita masih ada pilihan untuk masuk hospital kerajaan sekiranya kita jatuh sakit dan perlu diwadkan

Namun, jika kita hilang punca pendapatan akibat kematian, lumpuh atau sakit kritikal – apa alternatif yang ada? Kerajaan tidak menyediakan skim penggantian pendapatan jika anda hilang pendapatan akibat musibah-musibah tersebut.

Atas sebab itu, utamakan dahulu takaful dengan manfaat tersebut sebelum melanggan medical card. Peruntukan untuk takaful kira-kira 10% daripada gaji bulanan.

Jika ada bajet lebih, barulah langgan medical card.

Bagi yang memang ada kemampuan melanggan medical card, sangat digalakkan untuk melanggan medical card dengan manfaat limit tahunan yang tinggi. Lagi tinggi lagi bagus, tapi pastikan total sumbangan takaful, sekitar 10% daripada gaji bulanan kita.

10% sumbangan tersebut untuk merangkumi manfaat kematian, lumpuh, sakit kritikal dan medical card.

Bagi manfaat kematian, lumpuh dan skit kritikal sebaiknya bersamaan dengan 10 tahun pendapatan. Kenapa 10 tahun pendapatan? Sekiranya kita ditimpa musibah-musibah tadi, manfaat yang diterima boleh menggantikan pendapatan kita selama 10 tahun.

Errr.. Terjawab tak persoalan di atas? Macam meleret pula

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Kebetulan pula, keluar dalam memories FB hari ini. 3 tahun…