fbpx

Isu motosikal Abam Food Panda kena sita

  • 7 months ago
  • 2Minutes
  • 402Words
  • 337Views

Sebak pula tengok video ni.

@afyan.ifp

Isu motosikal Abam Food Panda Kena sita. Keadilan bukan hanya perlu ditegakkan, tapi perlu dilihat ditegakkan. Rakyat nak lihat bukan hanya bilis-bilis yg bersalah sahaja, tapi jerung-jerung di atas sana turut sama dihukum jika bersalah, bukan dilepaskan tanpa dibebaskan.

♬ Sad and lonely – MoppySound

Pernah nampak sendiri depan mata, hari Ahad seorang rider kena saman sebab salah parking untuk ambil makanan dekat sebuah restoran.

Memang salah rider berkenaan parking di tempat tak sepatutnya dan abang polis trafik menjalankan tanggungjawab mereka.

Sama macam video ini, difahamkan motosikal beliau disita kerana tidak mempunyai lesen dan cukai jalan yang sah.

Abang polis hanya menjalankan tanggungjawab. Dalam masa sama, kita turut simpati dengan nasib rider berkenaan.

Kepada para rider di luar sana, pastikan patuhi undang-undang. Tak berbaloi kena bayar saman. Tak berbaloi juga menggadaikan nyawa.

Tiada siapa lebih atas daripada undang-undang, termasuk penguasa di atas sana.

Kita bukan hendak membela rider dihukum jika mereka bersalah.

Yang kita kesal apabila tidak nampak keadilan ditegakkan apabila hanya bilis sahaja yang kena tapi jerung dilepaskan tanpa bebas.

Saya teringat sebuah kisah / cerpen seorang nenek tua yang didapati bersalah dan dihukum di sebuah mahkamah.

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim meneliti tuduhan terhadap seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu.

Nenek tersebut merayu, menceritakan kisah hidupnya yang penuh dengan kekurangan, dengan anak lelakinya yang sakit dan cucunya yang kelaparan. Namun, pemilik ladang ubi tetap bersikeras untuk menuntutnya sebagai contoh bagi yang lain.

Hakim itu menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, nenek,” katanya sambil memandang nenek tersebut.

“Saya tidak boleh membuat pengecualian terhadap undang-undang. Undang-undang adalah undang-undang, jadi Nenek harus dihukum.

Saya menjatuhkan denda sebanyak RM1,000 kepada anda, dan jika anda tidak mampu membayarnya, anda harus dipenjara selama 2.5 tahun, sesuai dengan tuntutan undang-undang.”

Nenek tersebut merasa tertunduk lesu.

Tiba-tiba, hakim membuka topi hakimnya, mengambil dompetnya, dan meletakkan RM1,000 ke dalam topinya. Lalu, ia berbicara kepada para hadirin di ruang mahkamah.

“Saya, atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda sebesar RM50 kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, karena tinggal di kota ini dan membiarkan seseorang kelaparan hingga harus mencuri untuk memberi makan cucunya.

“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda ini dalam topi, dan berikan semuanya kepada pesalah.”

Sebelum palu hakim dipalu, nenek tersebut telah mendapatkan sumbangan sebesar RM3,500, dan sebagian dari jumlah itu digunakan untuk membayar denda. Kemudian, ia pulang dengan senyum bahagia, membawa sisa uang termasuk RM50 yang dibayar oleh pemilik ladang yang mendakwanya.

Semoga kisah ini memberi inspirasi kepada kita semua bahawa: “Justice must not only be done, but must also be seen to be done”

Keadilan bukan hanya perlu ditegakkan, tapi mesti dilihat ditegakkan.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Salah faham istilah HIBAH TAKAFUL. Hibah BUKAN takaful, dan takaful…