fbpx

Hibah bukan takaful, takaful bukan hibah

  • 7 months ago
  • 3Minutes
  • 600Words
  • 463Views

Salah faham istilah HIBAH TAKAFUL.

Hibah BUKAN takaful, dan takaful BUKAN hibah.

Masih ramai ejen takaful menggunakan istilah “hibah” untuk merujuk kepada takaful. Kadang juga ejen takaful saya pun ada yg masih gunakan waluapun dah pesan banyak kali. Mungkin disebabkan pengaruh rakan sebaya

Hibah bukan takaful, dan takaful pula bukanlah hibah.

Hibah takaful pula bukanlah satu produk takaful.

Dalam erti kata mudah, hibah bermaksud hadiah. Hibah ialah pemberian harta yang berlaku semasa hidup pemberi hibah kepada penerima hibah. Itulah maksud hibah, saya petik daripada website JKSM Kelantan.

Takaful bukan hibah. Takaful adalah takaful. Takaful dari sudut bahasa Arab bermaksud tolong menolong, bantu membantu.

Manakala takaful dalam konteks kewangan pula ialah suatu skim yang berdasarkan prinsip ta`awun, jamin menjamin atau bantuan bersama. Ia memberikan perlindungan bersama aset dan harta serta menawarkan perkongsian risiko bersama sekiranya salah seorang ahlinya mengalami kerugian. Saya copy paste maksud inii daripada website e-Muamalat JAKIM.

Maksudnya takaful merujuk kepada produk kewangan yang menyediakan pampasan sekiranya berlaku musibah seperti kematian, sakit kritikal, lumpuh, masuk hospital dan seumpamanya.

Faham dok ni? Dah faham perenggan-perangan di atas, barulah kita pergi ke peranggan seterusnya.

Takaful ialah takaful, bukan hibah.

Manfaat kematian adalah takaful.

Manfaat sakit kritikal takaful.

Medical card adalah takaful.

@afyan.ifp

Ramai yang salah faham pasal hibah takaful. Hibah bukan takaful, takaful pula bukan hibah. Hibah adalah hadiah. Takaful pula produk kewangan. Hibah takaful adalah salah satu cara pengagihan harta pampasan takaful apabila berlaku kemat!an.

♬ original sound – Afyan Mat Rawi, IFP – Afyan Mat Rawi, IFP

Hibah takaful

Hibah takaful pula merujuk salah satu proses pengagihan manfaat takaful apabila berlaku kematian.

Tanpa hibah takaful, produk takaful boleh dimanfaatkan dengan baik. Tanpa elemen hibah, manfaat kematian dalam polisi takaful masih lagi boleh diberikan kepada waris dengan penamaan biasa atau absolute assignment.

Jadi apabila sebut “hibah takaful”, ia tidak semestinya untuk income protection atau perlindungan income.

Income protection pula merujuk kepada fungsi takaful untuk melindungi pendapatan sekiranya berlaku financial disaster atau malapetaka kewangan yang akan mengubah 180 darjah kehidupan kita, iaitu kematian, lumpuh dan sakit kritikal.

Apabila berlaku kematian, lumpuh dan sakit kritikal – kita tidak lagi mampu bekerja dan akan kehilangan pendapatan. Maka di sinilah fungsi takaful sebagai income protection.

Jadi, ia tidak semestinya hibah takaful sebab hibah takaful hanya akan berfungsi apabila berlaku kematian sedangkan income protection bukan semata-mata untuk untuk menghadapi kematian.

Sekiranya berlaku lumpuh atau sakit kritikal, orang yang dilindungi takaful masih hidup maka tidak berlaku hibah takaful tadi.

Contohnya jika kita kena kanser dan dapat manfaat daripada polisi takaful, itu bukan hibah. Mana ada hibah kepada diri sendiri?

Sama juga apabila berlaku lumpuh, tak berfungsi pun hibah tu. Polisi tamat dan peserta dapat manfaat daripada pampasan produk yang dia langgan.

Sebab itu sangat tidak tepat apabila dikatakan hibah takaful adalah income protection. Yang betul ialah hibah takaful adalah salah satu cara untuk income protection.

Sama juga apabila kita katakan hibah takaful untuk bayar hutang, lagilah tidak tepat. Dah bagi hadiah, kemudian minta orang yang terima hadiah untuk bayar hutang kita? Saya pernah hurai panjang lebar isu ni.

Jadi, gunakan istilah yang betul supaya tidak menimbulkan kekeliruan di kemudian hari.

Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.

Oh saya, saya bercadang nak kumpul semua penulisan saya khusus tentang takaful dan terbit kan dalam bentuk buku. Ramai ke berminat?

Afyan Mat Rawi

Berminat nak tahu tentang hibah? sila isi borang di bawah

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Siapa nak financial report macam ni? Total ada lebih 30…