fbpx

Isu pelaburan IRPS dan pelaburan melalui syarikat yang tidak tersenarai di Bursa serta garis panduan Suruhanjaya Sekuriti-Dr Sufyan Che Abdullah

  • 11 months ago
  • 5Minutes
  • 990Words
  • 707Views

Dipetik dari FB muamalat.my

Isu Pelaburan IRPS dan Pelaburan Melalui Syarikat Yang Tidak Tersenarai di Bursa Serta Garis Panduan Suruhanjaya Sekuriti

Kecoh baru-baru ini, ada NGO mendedahkan isu pelaburan yang dianggap ‘scam’ melalui tawaran saham keutamaan boleh tebus (Redeemable Preference Share – RPS) atau Islamic Redeemable Preference Share IRPS yang melibatkan pelaburan dan kerugian pelabur jutaan ringgit.

Sebenarnya apa itu IRPS? Pelaburan Islamic Redeemable Preference Share IRPS ialah saham keutamaan yang ditawarkan oleh syarikat awam berhad yang tidak tersenarai di Bursa. Syarikat tersenarai pun boleh tawarkan IRPS ini. Cuma konteks posting hari ni ialah utk syarikat yang tidak tersenarai saja. Ada juga yang menawarkan saham dalam bentuk boleh ubah kepada share biasa Convertable Redeemable Preference Share- CRPS). Ada juga pelbagai bentuk yang lain seperti bersifat cummulative, non cummulative, multiple class, dan lain-lain. Saham-saham ini boleh ditebus apabila cukup tempoh matang, atau boleh ditebus awal tetapi dengan dikenakan bayaran fee tertentu.

Seperti sedia maklum, dalam konteks sebuah Syarikat saham keutamaan ini diutamakan dari sudut pembahagian dividen berbanding saham biasa. Walau bagaimana pun apabila disebut saham, maka kita juga fahami hutang-hutang syarikat yang lain seperti bank loan, sukuk, bond, hutang perniagaan, akan diutamakan berbanding saham keutamaan.

Oleh itu dapatkan kita faham, walaupun pelabur saham keutamakan ini dijanjikan keuntungan (expected return) bulan bintang, gajah harimau sekali pun, jika syarikat rugi atau lingkup, modal turut lingkup.

Tawaran-tawaran saham ini biasanya dilakukan melalui syarikat umum berhad tetapi tidak tersenarai di Bursa. Syarikat-syarikat yang menawarkan saham ini biasanya akan menerbitkan IM (Information Memorandum) yang mengandungi maklumat tentang risiko pelaburan dan perniagaan mereka.

Sebenarnya pihak Securities Commisions Malaysia telah menerbitkan garis panduan khas untuk pelaburan jenis ini iaitu:

GUIDELINES ON OFFER OF SHARES BY UNLISTED PUBLIC COMPANIES TO SOPHISTICATED INVESTORS
Boleh dimuat turun di sini

Umum mengetahui, RPS adalah tidak patuh Syariah jika tidak susun akad dengan betul. Umum memastikan pelaburan itu patuh Syariah, mestilah ada penasihat Syariah yang melihat kepada struktur dan dokumen perjanjian.

Bahkan Majlis Penasihat Syariah Suruhajaya Sekuriti sendiri ada mengeluarkan ‘fatwa’ baru tentang Preference Share yang patuh Syariah.

Justeru, sebagai penasihat Syariah hendaklah memastikan kriteria kepatuhan Syariah saham keutamaan ini dipatuhi oleh Syarikat.

Berbalik kepada pelaburan melalui IRPS ini, ada beberapa isu yang saya mahu ketengahkan.

1. Penyertaan dalam IRPS ini bukan boleh disertai oleh orang kebanyakan. Bukan untuk orang pencen yang ada simpanan pencen, bukan untuk orang yang buat loan baru dapat join, ia adalah untuk Sophisticated Investor. Dalam garis panduan SC, telah jelas iaitu:
“UPC when making an offer of its shares solely to sophisticated investors. “

Secara mudahnya, sophisticated investor ialah:
“a) whose total net personal assets, or total net joint assets with his or her spouse, exceeding three million ringgit or its equivalent in foreign currencies, excluding the value of the individual’s primary residence”
Sophisticated investor juga bahasa orang kampung ialah mereka yang sudah mahir dalam selok belok perniagaan dan pelaburan, mereka yang memahami risiko dan ada kapasiti untuk menanggung risiko. Bukan sekadar merkea yang nak dapatkan keuntungan semata-mata.

Di peringkat pelabur sendiri mesti mengkaji sejauh mana bisnes tersebut boleh berdaya saing, bagaimana syarikat mampu bayar untung dan dividen sebegitu banyak. Sepatutnya ini telah dikaji oleh pelabur dan pelabur sudah sewajarnya faham sebab mereka bukan orang biasa-biasa.

Diperingkat Board syarikat juga perlu memastikan bahawa mereka yang melabur ini memang jenis sophisticated investor, bukan orang awam biasa yang sekadar nak untung lebih tinggi daripada tabung haji, atau ASB.

Pelaburan berasaskan IRPS bukanlah pelaburan yang diluluskan SC, itu pelabur kena maklum, itu sudah termaktub dalam IM, kecuali agen menipu. IM atau infom memo ini tak perlu kelulusan SC pun, ia cuma dilodge saja selepas dilancarkan.

2. Isu keduanya berkenaan dengan pelaburan. Untuk pelaburan yang bukan melaui bursa ini setiap pelabur mesti sekurang-kurangnya modal RM250k. Dalam garis panduan SC:
“acquires shares pursuant to a private placement where the consideration for the acquisition is not less than RM250,000 or its equivalent in foreign currencies for each transaction whether such amount is paid for in cash or otherwise. “

Cuma saya pelik bagaimana ada company yang menawarkan kadar minumum pelaburan yang rendah, ada yang RM10k pun boleh masuk. Siapa yang patut pantau? Adakah SC ada kuasa untuk mengambil tindakan bagi mereka yang melanggar garis panduan ini?

3. Jika pelaburan IRPS ini patuh Syariah, ia tidak menjamin syarikat akan tidak rugi, atau modal dipulangkan, atau syarikat tidak melanggar kepatuhan Syariah ini, atau tidak melakukan scam. Orang awam kena faham, patuh Syariah bermaksud, struktur akad dan jenis pelaburan itu tidak bercanggah dengan hukum Syarak. Jika niat syarikat nak buat scam, sudah tentu daripada awal syarikat akan menyembunyikan daripada penasihat Syariah itu. Walaupun penasihat Syariah sudah pasti akan melaksanakan tugas due diligence yang terperinci semampun mungkin, masih ada kemungkinan ia adalah scam. Ia ibarat produk yang diluluskan SIRIM, adakah SIRIM boleh disalahkan jika syarikat itu buat Scam? Patuh Syariah bererti akadnya sah, dan perniagaan itu halal.

Saya sendiri jika nak luluskan mana2 pelaburan IRPS, akan melihat terperinci bagaimana syarikat mampu bayar dividen. Cuma kadang-kala atas kertas memang mampu, tapi bila dilaksanakan, gagal. Dividen 15% setahun dibayar setiap 3 bulan logik tak? Dalam situasi ekonomi ok, memang logik, bisnes kedai emas pun mampu bagi.
Kadangkala diperingkat awal, susah nak tentukan ia scam atau tak. Dan jika penasihat Syariah tidak study, memang saya setuju ia tidak wajar.

Pada saya, isu pelaburan IM banyak dimanipulasi oleh agen, tanpa menafikan jika ada scam pun ia kemungkinan juga. Agen biasanya ditawarkan komisen besar untuk jual IRPS ini. Agen akan kutip sahaja pelabur walau pun bukan daripada Sophisticated investor.

Pelaburan IRPS tidak menjanjikan fixed return sebagaimana difahami kerana ia tetap ‘share’, ia tetap bersifat equity justeru ia tertakluk kepada keuntundan dan kerugian syarikat pada akhirnya.

Cuma apabila kes ini muncul, saya cadangkan pihak SC agar memantau agen dan syarikat yang melanggar garis panduan yang telah diberikan. Namun sejauh mana SC ada kuasa dalam penguatkuasaan garis panduan itu saya agak kurang pasti.

Wallahu A’lam.

Salam Jumaat

Ahmad Sufyan Che Abdullah
muamalat.my

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Siapa nak jadi macam Abang Man? Lepas keluar hospital je…