fbpx

Isu simpanan persaraan di Malaysia: Cadangan naik caruman KWSP majikan menimbulkan kontroversi

  • 11 months ago
  • 2Minutes
  • 382Words
  • 392Views

Baru-baru ni, PMX bagitahu yang 6.7 juta ahli KWSP di bawah umur 55 tahun, atau dalam bahasa lain, 51% daripada semua ahli KWSP, cuma ada kurang daripada RM10,000 dalam simpanan di akaun dorang.

Saya tahu ramai yang akan kata “Tak kisah, sebab belum tentu kita dapat hidup umur 55 nanti….”

Bagi saya ia isu besar dan serius!

Sehingga ada cadangan nak naikkan caruman KWSP majikan dari 13% kepada 20%!

Tapi, confirm-confirm la majikan tak berapa setuju dengan cadangan ni. Saya pernah baca posting seorang majikan yang agak pro Kerajaan Perpaduan menulis katanya kalau ia berlaku, dia akan kempen tukar kerajaan. Hahaha!

Presiden Persatuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), Tan Sri Soh Thian Lai, cakap tak sesuai la dengan keadaan ekonomi sekarang.

Dia cakap kalau caruman KWSP naik, kos perniagaan akan naik, untung perniagaan turun, dan gaji pekerja pun terjejas.

Ada majikan yang tak naikkan gaji pekerja atau lebih teruk, turunkan gaji pekerja untuk kurangkan kos.

Macam ni lah, pekerja pun kena struggle dengan masalah kewangan, dan kesan dia pun boleh merambat ke ekonomi keseluruhan.

Pengerusi Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia, Datuk William Ng, pulak kata kerajaan kena buat lebih banyak industri dan pekerjaan yang bernilai tinggi. Dia juga tekan yang kita semua kena galakkan rakyat untuk lebih banyak menyimpan duit.

Dia ingatkan lagi yang PKS dah kena naikkan gaji minimum dua kali sejak 2020. Lain-lain lagi masalah ni!

Bezanya, KWSP tu simpanan duit pekerja, bukan majikan. So kalau cadangan nak naikkan caruman KWSP majikan, untuk adil, mungkin caruman pekerja pun kena naik. Tapi tak popular lah cadangan camtu sekarang.

Lagi satu, baru-baru ni Kadar Dasar Semalaman (OPR) naik 25 mata asas jadi tiga peratus. Ni bukan saja mempengaruhi kos pinjaman dan pembiayaan rakyat, tapi juga perniagaan.

Sebenarnya, kerajaan dah ada pelbagai program untuk galakkan rakyat menyimpan untuk persaraan. Tapi kebanyakan program tu lebih manfaat bagi yang dah berjaya secara kewangan. Kita kena ada inisiatif baru untuk bantu mereka yang kena rugi simpanan sebab Covid-19 dan pasca Covid-19.

Salah satu langkah yang boleh dipertimbangkan ialah majikan bagi caruman sama banyak dengan caruman pekerja. Kerajaan boleh bagi insentif kat majikan supaya dorang bagi caruman yang setimpal kepada pekerja. Macam tu, pekerja akan lebih rajin simpan untuk persaraan dorang.

Jadi, dalam hal simpanan persaraan ni, majikan dan pekerja kena bekerjasama lah untuk tingkatkan tahap simpanan, dan kerajaan pun perlu merangsang ekonomi supaya lebih baik.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Tags:

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Saya bagi analogi mudah untuk faham bab patuh syariah ni.…