Perancangan Kewangan Suami Isteri & Harta Sepencarian

  • Reading:1Minute:
  • PostView Count:3Views

 

Perancangan Kewangan Suami Isteri & Harta Sepencarian

Dalam pengurusan kewangan Islam, prinsip umum bagi harta sepencarian, ialah harta yang dibeli oleh suami atau isteri atau suami-isteri, dalam tempoh perkahwinan.

Selalunya, ketika mula berkahwin ia jarang dibincangkan sesama suami isteri. Ia hanya diperkatakan apabila berlaku salah satu situasi di bawah;

1) Kematian,
2) Penceraian, atau
3) Poligami.

Dan ia akan lebih rumit, apabila jumlah harta semakin bertambah.

Contoh simulasi, dalam pembelian rumah suami-isteri;

1) Beli atas nama suami atau isteri, tetapi bayar bersama.

2) Beli atas nama suami atau isteri, dibayar oleh salah seorang.

3) Beli atas nama bersama, dibayar bersama.

4) Beli atas nama bersama, dibayar oleh salah seorang.

Setiap situasi di atas, akan memberi impak berbeza dari aspek pemilikan, harta sepencarian serta pembahagian harta pusaka apabila berlaku situasi kematian, penceraian atau poligami.

Situasi di atas hanya contoh sahaja.

Ia tidak terhad kepada rumah semata.

Soalnya; Sudahkah anda merancang harta sepencarian?

Jika belum, izinkan kami membantu.

Nota: Harta sepencarian adalah ijtihad ulama fiqh kontemporari, ia tidak timbul pada zaman Rasulullah dan zaman salafus-soleh.

Afyan Mat Rawi
INFAQ Consultancy

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Recommended
Dipetik dari FB Mueez Ahmad RIBA YG WUJUD DALAM PELABURAN…