Jalan Pintas Menuju NerakaWang

HUTANG PERSONAL FINANCING / LOAN: JALAN PINTAS MENUJU KE #nerakawang

Nasihat yang bagus daripada warga Twitterjaya ini.

Daripada bayar ansuran hutang personal financing, lebih baiklah peruntukan yang sama untuk buat simpanan. Lagi banyak untung, tak perlu bayar kos dan keutungan bank.

Dalam banyak keadaan, membuat personal financing atau personal loan adalah keputusan kewangan paling bodoh dalam kehidupan seseorang.

Banyak kes yang saya jumpa, buat personal untuk pelbagai tujuan.

  • Nak kahwin, buat personal hutang hantaran dan kenduri.
  • Beli rumah, buat hutang untuk bayar deposit
  • Dah beli rumah, buat hutang untuk renovate rumah
  • Lepas dapat anak, buat hutang lagi.
  • Anak masuk sekolah, buat lagi.
  • Anak masuk universiti, buat lagi hutang baru.

Selain daripada alasan biasa di atas, ada yang buat hutang personal financing untuk masuk pelaburan dan kemudian didapati ia adalah scam.

Berlaku daripada zaman Pak Man Telo hingga ke zaman Tok Belagak, Kopi Pak Belalang, Rumah Alfafa dan sampai sekarang.

Paling banyak kes buat personal financing untuk kahwin. Tapi ada juga yang start buat masa nak bertunang! Nasib baik jadi kahwin. Kalau tak, naya betul.

Ada juga kes buat hutang ini sebab faktor hobi seperti pergi travel, beli basikal, beli motosikal. Hobi mahal kononnya…

Ada yang paling rare, di sebuah sekolah, alasan buat loan sebab “Cikgu-cikgu lain semua buat, jadi saya pun buat. Kalau tak buat rasa janggal”. Alasan paling tak boleh belah.

Golongan yang paling banyak buat personal financing atau personal loan ini adalah dari kakitangan kerajaan, sebab mudah nak approve.

Kes paling dahsyat saya pernah terima, setiap kali gaji naik, akan apply. Contoh, gaji niak RM50, maka akan apply personal financing yang layak dengan ansuran RM50 sebulan.

Ada kes, bayaran ansuran semua hutang-piutang cecah sampai 70% daripada gaji bulanan! Ada juga yang cecah 90% hanya untuk bayar hutang!!! Bagaimana agaknya individu terbabit hidup dengan baki 10% gaji agaknya?
Tepuk dahi saya apabila berhadapan dengan kes-kes sebegini.

Biasa saya terima kes-kes sebegini ketika mengendalikan program Seminar Bijak Merancang Wang #SeminarBMW di jabatan-jabatan kerajaan.

Tuan-Puan pernah jumpa kes yang lebih sadis?

Nota ilmu:
PERSONAL FINANCING merujuk kepada PEMBIAYAAN PERIBADI yang disediakan oleh perbankan Islam. Manakala PERSONAL LOAN merujuk kepada PINJAMAN PERIBADI yang disediakan oleh perbankan konvensional.

Kedua-duanya adalah HUTANG.

Afyan Mat Rawi

Jom belajar ilmu kewangan secara PERCUMA di Channel Telegram Tips RM t.me/AfyanIFP

Sertai LIVE Seminar Bijak Merancang Wang #SeminarBMW pada 26 Jun 2021.

Bijak Merancang Wang
Bijak Merancang Wang

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Recommended
Memiliki rumah tanpa keluar modal melalui bank bermakna memiliki hutang…