Jangan batal medical card sebelum faham risiko ini

Akhir-akhir ini memang ramai yang terkesan dengan kenaikan harga medical card akibat repricing.
Bukan seorang dua yang mengadu. Ramai yang dah mula fikir nak tukar ke pelan lain yang lebih murah.
Ramai juga prospek yang dah ada medical card sedang berkira-kira untuk bertukar ke Takaful IKHLAS sebab saya pernah kongsikan ada pelanggan saya yang dah melanggan 10 tahun pun harga masih sama walaupun ada sekali repricing.
Ada juga prospek yang dah ada medical card, bercadang nak melanggan WeKongsi yang lebih murah.
Ada juga yang bercadang nak tukar medical card direct syarikat takaful yang lebih murah tanpa ejen.
Tapi sebelum buat keputusan drastik, elok kita pertimbangkan beberapa perkara.
1. Apabila tukar medical card, kita akan mula semula waiting period.
Dalam tempoh ini, kalau sakit berlaku atau simptom dah ada sebelum daftar pelan baru, claim boleh ditolak.
Ramai tak tahu risiko ini. Apabia dah terkena, baru sedar. Tapi masa tu dah terlambat.
2. Pelan yang murah hari ini, belum tentu kekal murah pada masa akan datang.
Kalau kos perubatan terus naik, pelan baru pun boleh kena repricing juga.
Jadi, tukar belum tentu jimat. Silap-silap tambah risiko dan hilang manfaat yang sedia ada.
3. Apa kata kita ubah fokus?
Daripada fokus untuk jimat RM30 hingga RM50 sebulan dengan batalkan medical card sedia ada untuk langgan baru, lebih baik usaha tambah pendapatan.
Cari side income, tambah kemahiran atau luaskan peluang rezeki.
Kalau boleh tambah RM300 sebulan, repricing RM50 bukan lagi masalah besar.
Kita memang tak boleh kawal inflasi perubatan.
Tapi kita boleh kawal tindakan dan usaha kita sendiri.
Fikir panjang sebelum buat keputusan.
Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Afyan Mat Rawi, IFP
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran