Janji tinggal janji: Sampai bila nak tunggu?

Salam & Selamat Sejahtera
Masalah bayaran ini telah berlarutan selama bertahun-tahun, dengan 3–4 kali janji dibuat, tetapi tiada apa yang benar-benar direalisasikan—tiada tindakan sebenar diambil. Saya percaya bahawa “settlement program” ini hanyalah satu taktik untuk melengahkan masa atau mengelak daripada tindakan undang-undang. Mengecualikan individu yang mengambil tindakan undang-undang menunjukkan mereka sedar bahawa ramai orang semakin hilang kesabaran.
Jika mereka benar-benar berniat untuk menyelesaikan perkara ini, mereka tidak perlu memaksa orang untuk menarik balik tindakan undang-undang mereka. Sebaliknya, mereka sepatutnya menawarkan penyelesaian yang adil dan telus yang boleh dipercayai oleh semua pihak. Tarikh akhir yang ditetapkan juga seolah-olah satu cara untuk mendesak orang menerima tawaran mereka tanpa diberi masa yang mencukupi untuk menilai dengan teliti.
Banyak perkara boleh berlaku dalam tempoh tiga tahun macam2 boleh berlaku . Tambahan pula, penerimaan ke dalam program ini langsung tidak membentuk kontrak yang mengikat secara sah. Jadi, apa yang akan berlaku selepas ini? Program baru lain lagi 3 tahun lagi? Kemudian satu lagi? Kitaran ini hanya berulang tanpa kesudahan? Saya percaya ramai yang percaya dapat bayaran tahun ini sebab Lim cakap tak gagap …. rupanya dapat program
Kepada sesiapa yang nak kahwin, kahwin lah dulu jangan tunggu bayaran QM sebab anak anda darjah satu belum tentu anda dapat bayaran.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran