fbpx

Jawapan Dari Jabatan Mufti Perak Menambahkan Lagi Keyakinan Saya

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 300Words
  • 588Views

Sebelum saya umumkan berhenti menjalankan bisnes Atomy dan ketika ia sedang hangat diperkatakan selepas MRM dedahkan, saya mengambil inisiatif untuk hantar persoalan berkenaan isu tersebut ke beberapa jabatan mufti negeri termasuk Jabatan Mufti Perak.

Alhamdulillah, saya baru terima jawapan dari Jabatan Mufti Perak yang menambahkan lagi keyakinan saya dengan tindakan yang saya ambil ini.

Saya kongsikan jawapan mereka sebagai komitmen saya kepada publik suatu ketika dahulu. Saya konsisten dengan apa yang pernah saya tuliskan dulu.

Ini jawapan penuh yang diberikan. Ya, ia bukan fatwa:

  1. Sebarang bentuk transaksi dengan orang Kafir adalah harus selama mana ia tidak bertujuan untuk memerangi umat Islam.
  2. Jika terbukti bahawa terdapat unsur-unsur memerangi sama ada dari sudut ancaman, ketenteraan termasuk yang berkaitan dengan perkara akidah, hukum syarak mahupun akhlak maka wajib mengelakkan diri dari sebarang urusan transaksi dengan mereka. Hal ini difahami menerusi Surah al-Ma’idah ayat 2:

وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

Bermaksud: “Dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.”

Begitu juga mengenai firman Allah SWT dalam surah al-Mumtahanah ayat 9:

إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّـهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَىٰ إِخْرَاجِكُمْ أَن تَوَلَّوْهُمْ ۚ وَمَن يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Bermaksud: “Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”

Al-Imam al-Nawawi turut menyatakan hukum penjualan a kepada golongan Kafir Harbi di dalam kitab al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jilid 9 pada muka surat 432:

(وأما) بيع السلاح لأهل الحرب فحرام بالإجماع

Bermaksud: “Dan adapun penjualan senjata kepada golongan Kafir Harbi adalah haram (hukumnya) secara Ijma’.”

  1. Rasulullah SAW turut melarang umat Islam dari mengambil perkara-perkara yang meragukan berdasarkan hadis yang berikut:

دعْ ما يريبُكَ إلى ما لا يريبُك

Bermaksud: “Tinggalkan apa-apa perkara yang meragukan kepada perkara-perkara yang tidak meragukan.”

(Riwayat al-Tirmizi)

 

 

Wallahua’lam.

IKLAN: Belajar ilmu kewangan secara bermodul dan patuh syariah menggunakan buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW

Klik www.bukuBMW.com

 

 

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Macam-macam cara orang kita buat program. Penyumbang bagi RM250 dengan…