Skim Apa Pula Lepas Ni ?

Macam-macam cara orang kita buat program.

Penyumbang bagi RM250 dengan dijanjikan manfaat RM13 setiap bulan. Ia bersamaan dengan 5.2% sebulan. Dan akan dapat setiap bulan. Maknanya, setahun akan dapat manfaat RM156, yakni bersamaan dengan 62.4%!!!

Kalau manfaat itu disumbangkan kembali dan kompoun, hanya perlu modal RM100,000 dan boleh jadi jutawan kurang daripada 5 tahun.

Kalau ia benar, boleh cadangkan kerajaan melalaui TH, PNB, KWSP untuk menyertai skim ini.

TH boleh hantar rakyat Malaysia pergi haji balik hari.

PNB boleh bagi pulangan ASB 5% setiap bulan.

KWSP boleh pastikan pencarum bersara awal dengan simpanan RM1 juta setiap tahun.

Program emas Tok Belagak dah buat. Program Bitcoin dah terlalu koman. Program rumah Alfafa dah buat. Program kopi, Arba dah buat lama.

Kali ini degan ayam kampung pun boleh buat.

Agak-agak, skim apa pula lepas ni?

IKLAN: Belajar ilmu kewangan secara bermodul menggunakan buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW

Klik www.bukuBMW.com

 

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Recommended
Dipetik dari FB Mohd Fakharuddin Zorkafli 𝗔𝗣𝗔 π—œπ—§π—¨ 𝗣π—₯π—œπ—©π—”π—§π—˜ π— π—”π—‘π——π—”π—§π—˜…